“Jangan sesekali pisahkan, apapun alasannya” Sharnaaz Ahmad beri sokongan pada Fizi Ali

6,165 views

Bekas suami isteri Fizi Ali dan juga Shakilla Khoriri kini naik ke mahkamah untuk kes anak mereka. 

Fizi Ali menuntut hak hadanah ke atas satu satu anak mereka iaitu Ameena Sophia. 

Shakilla ternyata tidak bersetuju dengan permintaan Fizi Ali itu. 

Dek kerana tiada persetujuan, mereka akan selesaikan kes ini menerusi jalan mengikut undang-undang. 

Meluahkan rasa rindu, dan sudah tidak berjumpa selama dua bulan, Fizi Ali dilihat menitiskan air matanya menerusi satu temubual. 

Ianya turut mendapat perhatian pelakon terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad. 

Memuatnaik video Fizi Ali, Sharnaaz dapat rasai apa yang dilalui oleh Fizi. 

Sharnaaz berkata disanggup memeluk Fizi memandangkan tahu betapa sayangnya seorang anak kepada anaknya. 

Perpisahan bukanlah bermakna memutus ikatan antara anak dan juga ayah.  

“Hanya yang lalui saja akan memahaminya. Aku ni tak pernah pun berjumpa dengan Fizi ni, tapi aku nak peluk kau brother.”  

“Aku tak nak tahu mana yang betul atau salah, namun jangan sesekali memisahkan hubungan di antara bapa dan anak. Apa pun alasannya.” 

Pandangan dari Sharnaaz Ahmad ini mendapat sokongan dari ramai pihak juga. 

Komen dari Sharnaaz

Tatkala ada bapa yang terus melupakan tanggungjawab setelah berpisah, masih ada bapa yang bertanggungjawab dan mahu menjalankan tugas mereka. 

Oleh itu, biarlah bapa untuk bertemu anaknya walaupun mempunyai isu dengan bekas pasangan. 

Sharnaaz Ahmad juga mempunyai anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Noo Nabila. 

Hubungan dengan Nabila amat erat selepas berpisah dan semua itu demi anaknya Jayden Jebat. 

Malahan baru-baru ini pun Sharnaaz bercuti bersama Nabila dan anaknya ke Jepun, mereka menyemai memori yang indah buat Jebat Jayden. 

Berbalik kepada Fizi dan Shakilla, proses sulh di antara mereka menemui jalan buntu. 

Selain hak jagaan, Fizi Ali juga memohon hak lawatan untuk bertemu Ameena Sophia, namun ianya turut tak disetujui oleh Shakilla Khoriri.