Zain Saidin suka Che Ta tak make up, Lan Pet Pet pun setuju, kata tak solek lagi cantik

1,717 views

Siapa yang tak kenal dengan nama Che Ta, pelakon, pengacara yang juga seorang ahli perniagaan terkenal di Malaysia. 

Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan kini dah pun berumur 51 tahun. 

Pelakon ini sudah berkahwin dengan Zain Saidin, 40 tahun, satu lagi nama yang amat terkenal sebagai pelakon berdarah kacukkan. 

Ketika ini, Che Ta dan keluarga amat aktif di laman media sosial, terutamanya TikTok. 

Dalam satu video, Che Ta ada terjumpa dengan adik iparnya iaitu anggota kumpulan pelawak tersohor Senario, Lan Pet Pet. 

Lan merupakan suami kepada adik Che Ta iaitu Ruby Che Wan. 

Dalam video itu, Che Ta merakam Lan Pet pet yang datang ke rumahnya dan sedang menjamu selera bersama Zain di meja makan. 

Kata Che Ta, dah lama dia tak jumpa dengan Lan. 

Namun Lan dilihat tergamam seketika kerana melihat wajah Che Ta yang ketika itu tidak mengenakan sebarang solekkan. 

Kata Lan, Che Ta ni memang amat cantik semulajadi, walaupun tak ada sebarang make up. 

Zain Saidin kemudian mengakui hal itu, dan mengatakan, sebenarnya, dia pun mula jatuh hati kepada Che Ta ketika berlakon bersama dulu dan ketika itu Che Ta tidak memakai sebarang make up. 

Saya jatuh cinta dulu masa Che ta tak pakai make up la.” kata Zan Saidin memuji kecantikkan asli isterinya itu. 

Lan berkata “Wah Kak Ta, hang make up cantik, tapi hang tak make up pun lagi cantik. Cakap ikhlas la, tak solek pun cantik.” 

Ini video penuh perbualan mereka ini. 

Sebelum ini, ada beberapa foto Che Ta tidak mengenakan solekkan ketika zaman muda dulu ada tersebar. Namun ketika itu belum lagi bertudung.

Ini ada satu foto Che ta yang mengenakan solekkan nipis setelah bertudung.

Che Ta tanpa bulu mata

Untuk info, Che Ta merupakan kakak ipar kepada Lan Pet Pet, yang berkahwin dengan Ruby Che Wan dan juga Zaquan Adha, yang berkahwin dengan pelakon Ayu Raudhah. 

Che Ta juga merupakan adik ipar kepada ahli kumpula Elite, Sasha Saidin iaitu kakak kepada Zain Saidin.