“Saya tak curangi Ellie” Azri Iskandar

1,933 views

Kisah Azri Iskandar mahu berkahwin dalam tempoh tak kurang dari sebulan berpisah dengan Ellie Suriaty membuatkan ramai beranggapan Azri sudah menjalinkan hubungan dengan wanita lain sebleum berpisah lagi.

Namun, actor ini menyatakan dia tidak curang sama sekali dengan Ellie Suriaty dan hanya mengenali wanita bernaam Dr Azra Diera itu setelah berpisah dengan Ellie Suriaty.

“Saya tak ada curang dengan Ellie. Saya hanya mula berkenalan dengan Azra pada 29 Mei iaitu lepas saya dan Ellie berpisah. Bukannya sebelum kami bercerai.”

“Memang saya tak pernah tahu tentang Azra sebelum ni. Beberapa hari sebelum kenal dengannya, kami ada contact melalui Whatsapp tentang hal kerja saja.”

“Kerja melibatkan sebuah projek drama bersiri yang bakal saya jayakan tidak lama lagi. Dalam drama itu, Azra merupakan penulis skrip.”

“Saya contact Azra sebab nak penjelasan tentang watak saya bawakan dalam drama itu.”

“Akan tetapi, saya tak sangka lepas cakap dengannya, saya suka pada dia dan selalu teringatkan dia.”

Azri berkata sedemikian menerusi satu laporan portal Getaran. Jelas Azri lagi, Azra bukan punca dia berpisah dengan bekas isteri.

“Saya tak sangka bila keluarnya berita saya nak kahwin dengan dia, orang anggap itu punca saya dan Ellie berpisah.”

“Sebelum bercerai, saya tak ada hubungan dengan wanita lain pun. Punca kami berpisah bukan sebab ada kaitan dengan isu curang.

“Kena jelaskan hal ini kerana saya tidak nak ada salah faham dan tak pasal Azra terlibat. Nanti keluarga Azra juga akan salah faham.”

“Saya kenali dia pada 29 Mei dan itu yang sebenarnya. Saya sudah move on dan tempoh edah itu lebih kepada perempuan. Fikiran saya lapang dan fokus kerja.”

Itulah penjelasan dari Azri Iskandar.