Kisah antara Azri Iskandar dan wanita bernama Dr Azra Diera nak kahwin jadi perbualan ramai pada hari ini apabila ada lagi seorang wanita lain mengaku Azri ada ajaknya kahwin.
Dari laporan portal Mstar, wanita bernama F itu memberitahu Azri Iskandar ada ajaknya untuk berkahwin.
Malahan wanita itu dan Azri Iskandar telah jumpa dengan family nya di kampung.
F berkata dia dah kenal dengan Azri sejak lima tahun lepas, namun mereka berhubung semula dua hari selepas Azri dah berpisah dengan Elly Suriaty.
“Saya kenal dia lima tahun, kemudian lama lost contact. Namun bila tahu dia dah berpisah saya contact tanya khabar saja, tanay dia mengapa dah berpisah, ianya dah 19 tahun.”
“Hubungan jadi rapat dan dia ajak jumpa lepas dua hari berpisah dengan Elly. Tetapi saya tak mahu sebab nanti orang kata saya pula puncanya.”
Jelasnya seminggu lepas tu barulah dia dan Azri berjumpa semula.
“Semasa jumpa itu, Azri ada cakap niatnya nak nikah dengan saya dan nak membawa saya untuk pulang ke kampung halamannya untuk jumpa dengan makcik dan family lain.”
F berkata dia memang terkejut dengan kelakuan Azri itu.
“Tiba-tiba dia ajak nikah dan nak jumpa family kat kampung. Dia cakap nak nikah kat mana, buat kat masjid ke kat rumah. Kemudian saya cakap, benda ni baru lagi kenapa dah nak nikah.”
“Lepas tu, dia ajak balik kampung saya ikutkan saja, katanya tujuan balik tu untuk ziarah kubur. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia. Memang semuanya baik.”
Tak lama kemudian, wanita bernama F rasa dirinya dipermainkan setelah membaca berita Azri nak nikah dengan wanita lain iaitu Dr Azra Diera pula.
“Balik kampung tu memang nampak dia ada perubahan sikit, lepas tu saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara ni. Saya tanya kat dia perempuan ini siapa pula, dia cakap kawan saja.”
“Kemudian saya undurlah diri. Memang terkilan juga tapi nak buat macam mana.”
Itulah komen dari wanita bernama F.
Kemudian Azri pula tampil menafikan dia mahu kahwin dnegan wanita bernama F itu. Baginya hanya Azra saja wanita selepas Elly Suriaty.
“Itu tak benar. Saya tak ada yang lain. Dulu dengan Ellie, dia tak nak saya, saya lepaskan. Lepas tu dengan Azra saja la. Dia kekasih saya dan nak peristerikan dia dengan sah.”
“Saya tak ada perempuan lain. Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain. Alahai nampak jahatnyalah Azri Iskandar ni.”
“Sebenarnya saya minta dia tolong hantar ke kubur mak saya kerana lesen memandu dan cukai jalan kereta dah mati. Bukan sebab nak kenalkan dia pada family, tanya makcik saya, mana ada saya kenalkan dia sebagai bakal isteri.”
“Kena buktikan, atau saya saman nanti. Kalau kata Ara itu perampas sampai bila saya pergi Perlis esok ayah dia tak buka gate sebab malu dengan saya, saya akan saman satu-satu.”
Itu penjelasan Azri Iskandar.