Ahi perniagaan terkenal Joy Revfa kini memegang status single setelah sekian lama. Joy mendedahkan ktika ini dia tak berminat atau ada pasang ni untuk menagih kasih dari mana-mana jejaka atau lelaki yang sudah mempunyai pasangan yang lain.
Joy atau nama penuhnya, Siti Arifah, memegang kata-kata yang dipesan sendiri oleh ibunya.
Pesanan ibu Joy Revfa ialah tak perlu nak mengganggu mana-mana rumah tangga orang lain. Joy sememangnya setuju dengan pesanan ibunya ini.
“Kalian tidak perlu lah nak ada rasa risau. Joy ni tak akan sama sekali nak ganggu suami, tunang mahupun boy-friend orang lain. Saya ni jenis yang tidak suka nak berebut rebut ni.”
“Kalau yang dah kenal rapat denagn Joy ni tahulah macam mana. Memang kawan Joy ni ramai yang suami orang, boleh kata 80 peratus. Tetapi isteri dorang semua tahu Joy ni jenis yang tidak akan sama sekali nak rampas, mengedik, menggoda suami orang lain.”
“Dan jika ada sesiapa nak propose mahu jadikan Joy bini kedua, ketiga, keempat atau kelima tu, tak payahlah.”
Kata Joy, ibunya berpesan tak perlu nak masuk campur rumah tangga orang nanti akan jadi serabut dan pening kepala.
“Ibu pun selalu saja berpesan, janganlah nak ganggu rumahtangga orang lain. Dari asyik pening kepala berebut, lebih baik pilih yang single dan tak ada sebarang isu. Itu je saya nak cakap.”
Itulah statement dari Joy Revfa yang memegang kepercayaannya untuk hanya mencari kekasih dari golongan yang single saja.
Sebelum ini Joy Revfa pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi nasyid Hafiz Hamidun pada tahun 2017, namun hubungan mereka terlerai setelah beberapa bulan bersama.
Joy Revfa mempunya seorang anak bernama Arryan Firdaus hasil perkahwinan dengan suami sebelum Hafiz Hamidun.