Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty memberitahu bahawa sesuatu kecantikkan itu merupakan hal yang amat subjektif.
Untuk kelangsungan keberadaan di dunia seni, Ellie mendedahkan bahawa dia lebih mementingkan bakat itu sendiri.
Kata Ellie Suriaty lagi, bakat ini adalh merupakan satu anugerah yang amat istimewa, dan ianya tak dapat dimiliki sesetengah orang secara semulajadi.
“Bakat ni satu anugerah dari Illahi. Ianya terlalu khusus pada orang tertentu saja. Saya tak nampak ianya ada pada paras rupa sebab ia subjektif. Kalau cakap cantik ke tidak, saya dulu pun pernah cantik masa muda mudi, lawa juga.”
“Dalam hal ini, bukan isu tentang kecantikkan, tetapi saya tengok ada kelemahan di bahagian tertentu seperti penghasilan skrip. Ianya bahagian yang wajar ditingkatkan kepada mereka yang berbakat.”
Pelakon ini sememang seorang yang cantik dulu, malah pernah menjadi pramugari. Ini antara fotonya.
Ellie Suriaty memberitahu dia tak kisah tentang selebriti yang mempunyai rupa, sebab itu penting juga.
“Kalau seseorang amat jaga bab itu, ia pun benda yang positif untuk saya. Tapi, kenalah ingat, kalau anda jalan masuk ke sesebuah event, walau cantik dan berpenampilan hebat, anda akan nampak lebih outstanding kalau mereka tahu kualiti dan kehebatan kerjanya.”
“Ini bukan outstanding dari segi ada banyak isu ya. Tetapi bakat dan kerjayanya yang begitu menyerlah.”
“Saya nak pesan pada semua, orang yang berbakat juga kena ada kerajinan, jangan pula malas-malas. Kena gerak seiring.”
Akui Ellie Suriaty, sekarang memang banyak artis baru, dan tak semua ada bakat.
“Memang banyak artis baru macam cendawan tumbuh. Tapi ada yang kena asah lagi bakat.”
“Rasanya pihak TV pun kena main peranan. Kalau ada ramai peminat atau pengikut di media sosial, tak bermakna dia tu ada bakat. Jangan nak berpaksikan pada paras rupa saja.”
Itulah pendedahan dari Ellie Suriaty.