Rupanya Fynn Jamal yang uruskan proses anak angkat Musa, dedah apa yang terjadi

2,332 views

Fynn Jamal sebelum ini ada meninggalkan satu komen setelah menonton video dari suami Mizz Nina iaitu Essam. 

Video itu menunjukkan Essam menegaskan bahawa nama anak angkat yang didedahkan oleh Noh, adalah tidak benar sama sekali. 

Essam menegaskan bahawa apa yang diberitahu oleh Noh itu tidak betul. 

Melihat video berkenaan, Fynn Jamal terus menulis dan meminta Essam untuk diam kerana dia tahu hal sebenar. 

Ini komen yang ditulis oleh Fynn di video Essam: “Diamlah, kami semua tahu hal sebenar.” 

Ramai tertanya, apakah sebenarnya yang diketahui oleh Fynn Jamal tentang isu anak angkat Noh dan Mizz Nina ini. 

Akhirnya Fynn menjelaskan bahwa sebenarnya dialah individu yang bertanggungjawab mengurus proses pengambilan anak angkat bernama Musa itu. 

Menerusi satu temubual bersama Hlive, Fynn menjelaskan dia tahu apa yang terjadi, sebagai orang yang menguruskan hal Musa. 

“Ini merupakan salah satu kes yang saya uruskan.” 

“Dari Musa masih di dalam perut, sampailah Musa diserahkan kepada Noh oleh bio mom.” 

“Bio mom yang cari saya untuk uruskan anaknya (Musa).” 

“Fynn tahu semua dokumentation dari Musa dalam perut sampailah diserahkan sebagai angkat.” 

Tentang komen meminta Essam diam itu, Fynn menjelaskan bahawa tonasi yang bermain dimindanya bukanlah marah tetapi sebalik lebih kepada kecewa. 

“Intonasi dia ramai ingat macam saya marah, tetapi sebenarnya lebih kepada eh diamlah, kita tahu apa yang terjadi. Macam kecewa.” 

“Bila Essam kata itu bukan nama betul Musa, Fynn jadi defensive. Sebab saya ada di situ ketika proses dokumentasi semua. Saya tahu nama betul Musa.” 

Jelas Fynn, dia tahu bahawa hak jagaan memang ada dua nama. 

“Fynn tahu, hak jagaan Musa memang ada dua nama.” 

“Saya dah buat 20 tahun proses ini, setahu saya, kalau ada dua nama, memang tak boleh nak drop nama penjaga begitu saja.” 

Tentang kenyataan dari bio mom atau ibu kandung, iaitu Athirah, ternyata Fynn benar-benar terkejut dengan kenyataan ibu kandung Musa itu yang dilihat lebih memihak kepada Mizz Nina. 

“Terkejut memang Fynn terkejut. Sebab masa tu Athirah ada mesej saya, dia bagiathu dia kat sini, kat mana-mana.” 

“Apa yang dia cakap ni semua lain dengan apa yang terjadi.” 

“Berdasarkan perbualan dari awal, memang Athirah yang serahkan Musa kepada Noh.” 

Tentang kes mahkamah, Fynn menyatakan, Noh tak berpeluang untuk beri penjelasan kerana Mizz Nina telah menarik semula kes. 

“Noh dah masuk court bawa bukti, tetapi Nina tiba-tiba dah tarik kes. Macam mana Noh yang tunjuk bukti.” 

Fynn menjelaskan, sebenarnya dia bukan memihak kepada Noh, sebaliknya memikir apa yang benar, dan juga demi Musa. 

“Saya bukannya mesej dengan Noh hari-hari, saya ni lebih banyak borak dengan Nina berbanding Noh.” 

“Tapi Fynn memang berpihak kepada Musa side. Demi kebaikan Musa.” 

“Saya bukanlah nak masuk campur siapa yang patut jaga Musa, tetapi bagi saya patutnya dua-dua pun beralah.” 

“Kita nak kedamaian, kita mahu semua orang happy.” 

Fynn dilihat tak dapat menahan diri, dan bersedih sehingga mengalirkan air mata, apabila bercerita tentang Musa. 

“Saya tak boleh cerita lah tentang Musa ni, memang sebak.” 

Fynn juga akui bahawa Mizz Nina memang ada meminta Musa untuk tidak memanggil Noh ayah. 

“Sebelum ini, Noh ada kata, Mizz Nina minta Musa memanggil dia ‘Uncle’, betul.” 

“Semua apa yang Noh cakap tu, memang semua ada bukti.” 

“Bila ada orang kata, kenapa tak nak settle kat belakang, Allah sebagai saksi, saya dah nasihat. Fynn dah cakap pesan, apa yang tak boleh, tentang hubungan mahram.” 

Fynn berpesan, agar semua pihak takut pada Tuhan dengan segala tindakan. 

“Baik Nina, baik Noh atau sapa-sapa sekali, kena ingat, takutlah pada Allah. Buang ego dan buatlah benda yang betul.” 

“Kesian Musa, memang kesian kat dia.” 

“Aku rasa berdosa sebab aku tak boleh selamatkan dia.” 

“Sekarang ni, Nina dah dapat full custody, apa je yang saya buat.” 

“Aku ni marah, ko tak ada anak, kau nak anak, tapi bila dah ada anak, kau buat anak kau macam ni.” 

“Memang aku ada semua fakta, dan bukti.” 

Untuk terakhir sekali, Fynn harap Musa akan tahu dan sedar bahawa ramai yang sayang pada dirinya dan akan nampak apa yang indah saja.