“Saya yang minta penceraian ini”

673 views

Pelakon Nora Danish membuat satu kenyataan baru tentang hubungannya dengan bekas suami Nedim Nazri. 

Pertamanya, Nora Danish terkejut apabila ada pihak yang mengatakan dia dan Nedim masih tinggal bersama. 

Jelas pelakon berumur 42 tahun ini, dia dan Nedim tidak tinggal serumah. 

Melalui hantaran di IG story, Nora berkata, dia tak akan tinggal bersama Nedim memandangkan mereka berdua dah berpisah.  

“Saya tak tinggal satu rumah dengan Nedim dan tak akan tinggal satu rumah sebab kami sudah pun bercerai.” 

Kata Nora, kalau ada pihak yang nampak Nedim bersama wanita lain, dia pun tidak kisah. 

Nora juga mengakui dia sendiri yang meminta perpisahan berkenaan.  

“Tak mengapa jikalau ada yang nampak dia bersama wanita lain sebabnya perceraian ini merupakan permintaan saya.”  

Kata Nora, selepas ini tak perlulah orang lain menyampaikan jika ada hal berkaitan dengan bekas suaminya itu kepadanya. 

“Jadi biarlah dia dengan kehidupannya. Janganlah sampaikan pada saya ok.”  

“Masing-masing dah melalui jalan berbeza.”  

Tambah Nora Danish, dia dan Nedim hanya akan berhubungan tentang urusan yang melibatkan anak-anak saja. 

“Kami hanya rapat di atas urusan anak-anak. Tidak lebih dari itu.” 

Ini penjelasan penuh dari Nora Danish.  

Sebelum ini, Nora dilihat telah menjaga bekas suaminya itu ketika Nedim dimasukkan ke hospital. 

Penampilan Nora selepas berpisah juga menjadi perhatian setelah tampil memakai tudung. 

Nora yang terkenal melalui sitkom Puteri, telah berkahwin dengan Nedim pada bulan Mac tahun 2017. 

Pada tahun ini, Nora mengakui tidak tinggal di bawah satu bumbung yang sama dengan Nedim dan akhirnya mereka mengumumkan telah bercerai pada 16 Jun, bulan lepas.  

Sepanjang 7 tahun berkahwin, Nora Danis dan Nedim Nazri dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, yang dah masuk ke umur 6 tahun.