Keputusan penuh, markah para peserta The Hardest Singing Show di pentas akhir - News Tel

Keputusan penuh, markah para peserta The Hardest Singing Show di pentas akhir

5,380 views

Rancangan realiti terbaru, The Hardest Singing Show telah melabuhkan tirainya semalam. 

Program ini agak lain sedikit kerana memerlukan penyanyi melakukan showmanship sambil menyanyi.

Di pentas akhir, seramai 6 peserta yang membuat persembahan iaitu Zizi Kirana, Stacy, Ayda Jebat, Putera, Aepul Roza dan juga Aisha Retno. 

Akhirnya selepas selesai semua persembahan, juara untuk season pertama ini adalah milik Aepul Roza

Aepul Roza yang merupakan vokalis kumpulan Drama Band dan juga suami kepada Leez AF, memukau para juri dan penonton dengan dua persembahan bertenaga dan mendapat standing ovation dari orang di dewan. 

Sebagai juara, Aepul membawa hadiah wang tunai RM150ribu. 

Tempat kedua pula menjadi milik Ayda Jebat yang membawa hadiah wang tunai sebanyak RM20ribu. 

Stacy mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM10ribu. 

Tempat keempat pula menjadi milik Aisha Retno dan mendapat RM5ribu. 

Vokalis kumpulan Madam, iaitu Putera mendapat tempat kelima manakala tempat keenam menjadi milik Zizi Kirana. 

Kedua dua mereka membawa pulang RM5ribu. 

Anugerah Pilihan dari Alha Alfa pula dimenangi oleh Stacy dan isteri Akim ini membawa pulang RM10ribu yang ditaja oleh Alha Alfa. 

Ini markah penuh para peserta di pentas akhir The Hardest Singing Show. 

Aepul sebagai juara ternyata bersyukur kerana usaha yang ditampilkan membuahkan hasil. 

Jelasnya, sebelum ini dia tak pernah memenangi sebarang pertandingan pun. 

Ini komen Aepul. 

“Terima kasih semua dan juga pihak Astro sebab beri peluang dan ruang ini. Sebelum ini saya tak pernah menang apa-apa pun dalam sebarang pertandingan walau cabutan bertuah. Inilah kuasa Allah.”  

“Terima kasih kerana percayakan saya.” 

Sepanjang 10 minggu pertandingan ini, Aepul memang memberikan persembahan yang consistent setiap minggu, dan menjadi juara mingguan sebanyak dua kali. 

Di final, Aepul Roza telah bermain drum dalam keadaan menyenget.  

Latest from Hiburan


Kronologi kes Alif Teega, Aisyah Hijanah “Kami dalam keadaan sihat, doakan”

891 views

Pasangan suami isteri Alif Teega, 30 tahun dan Aisyah Hijanah, 26 tahun telah direman selama empat hari berbula hari Khamis sehingga hari Ahad.  

Perintah tahanan reman selama empat hari dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan dari pihak berkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.  

TENANG TERSENYUM BERI SALAM

Alif dan Aisyah dilihat tenang semasa hadir ke mahkamah dengan memakai baju oren dan tangan digari oleh pihak SPRM. 

Ada waktu mereka dilihat tersenyum dan sempat menyapa pihak media. 

“Assalamualaikum, alhamdulillah, saya dalam keadaan sihat saja, minta semua doa yang baik-baik.” tutur Alif Teega. 

PEGUAM ALIF TEEGA BANTAH

Sementara itu, pihak peguam yang mewakili pasangan suami isteri ini telah tampil memberi kenyataan. 

Peguam Abdul Rahim Ali telah membantah dan menafikan dakwaan influencer berkenaan seleweng kutipan derma.  

“Kalau tanya saya tak sama, lain. Dua anak guam saya ini telah ditahan bukan membabitkan penyelewengan kutipan bantuan, sebaliknya kes salah guna kuasa mengikut Seksyen 23(1) akta itu.” 

“Oleh yang sedemikian, kami telah membuat bantahan, sebab tak kena dengan seksyen yang diminta oleh pihak SPRM, hakikatnya mereka bukan seorang penjawat awam.” 

DISIASAT SALAH GUNA KUASA 

Alif Teega dan Aisyah Hijanah tidak didakwa atas penyelewengan dana derma yang kumpul sebaliknya telah disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu salah guna kuasa. 

Mengikut laporan PW Community, melalui pendedahan lawyer bernama Nur Zabetha, dakwaan salah guna kuasa ini juga terpakai termasuklah mereka yang di dalam syarikat swasta, bukan hanya penjawat awam saja. 

KENYATAAN SPRM 

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM iaitu tuan Hishamuddin Hashim juga telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan mereka akan siasat kes Alif Teega dan Aisyah Hijanah 

“Mereka ditahan hari Rabu dan diperintah reman selama empat hari bermula Khamis untuk bantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.” 

Selain itu, ada dua lagi individu yang turut direman iaitu pengarah dan pemegang saham terbesar sebuah platform kutipan derma yang turut terlibat dalam kes yang sama. 

Kata Hishamuddin lagi, sehingga kini kutipan dana yang dinaggar sudah mencecah RM3 juta. 

“Dianggarkan kutipan derma tersebut telah mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan ini masih lagi di peringkat awal.” 

KRONOLOGI KES

Kes ini bermula setelah pihak PW Community membuat pendedahan bahawa Alif Teega dan Aisyah Hijanah terlibat dalam kes meminta derma dan sumbangan yang meragukan.

Hasil bukti yang dikumpul, PW Community mendedahkan hasil derma telah diseleweng oleh pasangan suami isteri terbabit.

Selepas beberapa siri pendedahan, pihak PW Community mendapatkan nasihat dari pihak peguam.

Dalam pada itu, Aliff Ahmad melalui pihak Scurt juga dilihat telah membuat penyelidikan tentang kes ini.

Pihak polis dan juga PW Community menggesa orang ramai untuk membuat laporan polis atas penyelewengan dana oleh Alif Teega dan Aisyah Hijanah.

Setelah ada laporan polis dibuat, akhirnya pihak SPRM telah menjalan siasatan.

Waktu petang pada hari Rabu, SPRM menahan Alif Teega dan juga Aisyah Hijanah sekitar jam 6 lebih.

Pada hari Khamis, kedua mereka dibawa ke mahkamah utnuk perintah reman, dan ianya telah dibenarkan pihak mahkamah.

Itulah perkembangan kes melibatkan Alif Teega dan juga Aisyah Hijanah. 

Go to Top