Sayu baca coretan Benjy ketika ditahanan, teramat sunyi dan rindu

3,583 views

Pelakon arwah Benjy kini telah pun pergi buat selamanya pada hari semalam akibat asma yang dialaminya ketika berada di penjara Medan, Indonesia.

Menerusi satu laporan dari portal Getaran dan Harian Metro, Benjy ada membuat satu warkah ketika berada di penjara.

Warkah berkenaan ditulis dan dihantar kepada pengarah terkenal Shuhaimi Baba.

Memang amat sedih apabila membaca tulisan dari Benjy ini. Antara paling dirindui oleh Benjy sudah tentu arwah ibunya seniwati Azean Erdawaty.

“Ada banyak benda yang saya amat rindui dan antaranya ialah ucapan dari ibu saya yang sering beri kata semangat.”

“Antara kata-kata ibu saya adalah seperti ‘this too shall pass’ dan ‘let go and let god’ serta solat Ben, He hears you’ selalunya membantu saya untuk teruskan kehidupan.”

“Tetapi sekarang suara ibu tak lagi didengari di telinga dan ketiadaannya di sisi, sungguhpun saya dah try buat yang terbaik, saya dapat rasa diri ini bagaikan dah hilang sedikit demi sedikit.”

Jelas Benjy lagi, dia sememangnya amat sunyi terkurung di penjara di negara jiran apatah lagi adanya batasan percakapan atau bahasa.

“Saya dihantar ke sini selepas saya dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun. Saya sedar, kejadian itu bukanlah satu pilihan hidup yang terbaik, namun saya amat berharap saya saya miliki mesin masa.”

“Memang saya sunyi, bukan disebabkan tak ada kawan tahanan, tetapi sebab kurangnya tahanan yang fasih berkomunikasi dalam English.”

Benjy juga ada meluahkan rasa rindu dengan makanan serta masakan dari family.

“Nasi ulam arwah mama dengan pelbagai lauk, puding roti ayah. Ayam panggang madu yang dibuat oleh adik saya Elza, serta minuman kesihatan dari adik perempuan saya bernama Ines.”

Tentang pengalaman di penjara, Benjy akui dirinya kadangkala berlapar kerana tikda cukup makanan disediakan.

“Di sini makanan tak cukupi sebab populasi berlebihan. Oleh itu, selalunya saya akan berlapar. Saya di tingkat 3, blok C.”

“Saya ni akan makan jika ada rasa tertekan. Mengapa saya selalu tertekan, selain perkara yang sudah jelas seperti sunyi dan rindu, saya akan lalui 10 tahun lagi untuk tunggu ketibaan hari pembebasan.”

Itulah tulisan dari Benjy ketika berada dalam tahanan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris kepada Shuhaimi Baba.

Hari ini semua urusan pengebumian jenazah Benjy dibuat di Medan atas permintaan Benjy sendiri yang tak mahu susahkan orang lain.