“Contoh pelakon humble” Tiada tawaran berlakon, bapa Zahirah jual baja

2,057 views

Ketika menempuh musim yang mencabar ketika ini, ramai yang mula ceburi bidang baru untuk mencari rezeki.

Itu juga yang dilalui oleh pelakon yang juga bapa kepada Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson. Ketiadaan tawaran lakonan kerana arahan perintah kawalan pergerakkan, membuatkan Zainol Macwilson beralih ke dunia perniagaan. Zainol dilihat kkini lebih kepada bidang pertanian.

Zainol dilihat telah menjual buah manga harum manis sejak kebelakangan ini.

Salam hari minggu kepada semua. Saya rasa belum terlambat sekiranya saya mahu beri ucapan mengatakan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pelanggan saya yang sudi membeli dan tempeh buah harumanis dengan saya baru-baru ni.

Yang terbaru, Zainol Macwilson turut dilihat menjual baja kepada orang ramai di sekitar Perlis.

Sekarang ini dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakkan, penggambaran lakonan pun tiada, oleh itu, saya telah beralih kepada penjualan baja pula.

Jelas pembaca berita ini, dia tak ada rasa mal upun sungguhpun kena jual baja untuk mencari rezeki, dan yang paling penting ianya mendapat keberkatan.

Apapun yang paling penting, kita kena cari rezeki yang halal dan tak ada perlu pun berasa malu atau nak segan.

Ketika ini, buat masa sekarang, penjualan baja ni hanya dikhususkan untuk warga Perlis saja. Kepada yang berminat nak beli, boleh whatsapp saya di talian yang tertera ini iaitu +61405304744.

Diruangan komen para follower menulis komen kagum dan suka dengan usaha Zainol Macwilson. Malah mereka melabel Zainol sebagai seorang yang humble dan bekerja keras.

Seorang yang rendah diri, humble dan tak sombong langsung. Buat apa nak malu rezeki halal, semoga berjaya.” Ini antara komen followernya.

Semoga sukses kepada Zainol Macwilson dalam bidang yang diceburi. Untuk pengetahuan Zainol Macwilson merupakan bapa kepada pelakon terkenal Zahirah Macwilson dan tiga orang adik-adik Zahirah.

Zainol Macwilson bernikah dengan ibu Zahirah, iaitu Maslinda Yusof pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2015. Zainol kini menetap di perlis dan mempunyai isteri baru, manakal Maslinda menetap di Australia bersama suami baru.