“Sebab inilah aku dah tak kawan dengan dia” Zarina Anjoulie

5,656 views

Pelakon Zarina Anjoulie sebelum ini pernah berkawan baik dengan Fathia Latiff. 

Namun hubungan mereka dikatakan renggang malah pernah bergaduh tak lama dulu. 

Kini, disebabkan kelantangan Fathia Latiff bercakap hal yang kurang baik tentang Zahirah Macwilson, Zarina Anjoulie sempat bercerita tentang Fathia. 

Zarina berkata sikap Fathia sendiri membuatkan dirinya tak mampu bertahan menjadi kawannya. 

Pelakon yang lebih dikenali dengan nama Anju ni berkata, sikap Fathia yang busuk hati dan suka berkata buruk menjadi punca persahabatan mereka terputus. 

“Korang pun tahu apa yang jadi dengan Fathia. Dulu kan saya kawan dengan dia dan dah pun gaduh dengan dia.” 

“Dah tengok video dia kan, inilah sebabnya, inilah masalahnya. Dulu aku cakap semua tak percaya.” 

“Jika korang tengok video tu, korang perasan tak dia ni busuk hati.”  

“Kalau saya lepak dengannya, dia asyik cakap tentang followers dia tinggi. Kau ni budak-budak ke apa. Orang normal tak ada cakap macam tu kau. Itu je yang dia cakap.” 

“Inilah sebab Anju tak kawan dengan dia, busuk hati dia kuat sangat, sampaikan dia tak ada kawan.” 

“Dah lima tahun saya melihat dia tiada perubahan pun.” 

Dalam pada itu, Zarina Anjoulie berkata dia memang terkejut melihat Fathia Latiff berhabisan bercakap tentang Zahirah Macwilson. 

“Saya terkejut tengok page dia, memang dia dah all out kecam Zahirah.”  

“Dulu masa saya cakap semua tak percaya, semua kata dia macam Ariana Rose, semua suka dia.” 

“Tapi sekarang masa dah tiba, sebab memang tak boleh nak sorok perangai itu, dia akhirnya tunjuk juga perangai busuk tu, kantoi juga.” 

Ini video penuh Zarina Anjoulie tentang Fathia Latiff. 

Zarina Anjoulie berkata, Fathia Latiff masih lagi teringat tentang zamannya yang terkenal semasa drama Ariana Rose, namun mendedahkan dah tak ada orang mahu ambilnya berlakon sebab perangainya.