Ibu Zahirah Macwilson sedih anak dikeji ketika sedang sarat hamil

2,371 views

Hati seorang ibu mana yang tak sedih jikalau anak yang dikandung badan selama lebih kuranh sembilan bulan, telah teruk dicerca oleh orang lain. Apatah lagi wajah dipersenda dan disindir secara terbuka. 

Itulah yang berlaku kepada ibu Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff setelah anak tersayang menerima komen kurang enak dari pelakon Fatiya Latif. 

Melihat anaknya diperkatakan dan dilabel sebagai bibik, Maslinda menulis nukilan hatinya di laman media sosial. 

Menerusi beberapa hantaran Maslinda ternyata sedih dengan apa yang terjadi kepadanya lebih-lebih lagi ketika ini Zahirah sedang hamil anak kedua. 

Maslinda berharap anak dan menantunya itu terus cekalkan hati dengan apa yang berlaku. 

“Semua ini satu ujian dari Illahi. Harap Zahirah dan Aiman terus bersabar.” 

“Memang sedih mama dengar ada orang yang menghina, mengeji anak mama dan menantu mama.” 

“Semuanya itu tak betul. Apatah lagi sekarang ni kakak tengah mengandung.” 

“Jangan bersedih ye, mama dan ayah ada kat sini, semua sayang kamu.” 

Maslinda juga ada memberi hantaran berbentuk satu doa untuk lindungi ornag yang iri hati dan dengki selain meminta untuk hentikan kata-kata kurang baik kepada orang yang sedang hamil. 

Ini hantaran dari ibu Zahirah Macwilson. 

Dalam pada itu, tentang isu wajah dan bibir Zahirah, Maslinda berkata anaknya itu dapat wajah serta bentuk bibir itu dari ibunya. Dan kini anak Zahirah juga mempunyai bibir sedemikian. 

“Dia dapat dari ibunya, my beautiful baby. Raes Isaac pun dapat dari ibunya.” 

Isu ini timbul apabila pelakon Fatiya Latiff, secara terbuka memberi komen tentang wajah Zahirah Macwilson yang dikatakan tidak setanding atau secantik dirinya dan melabel isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu seperti seorang bibik.