“Sebelum cakap tu fikir dulu” Datuk Yusof Haslam kepada Zed Zaidi

3,731 views

Berikutan ada satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Rozaidi Jamil atau nama popularnya, Zed Zaidi yang menyatakan bahawa ada drama tempatan ni umpama syok sendiri sahaja.

Kenyataan yang dikatakan oleh Zed Zaidi itu tak disetujui oleh director dan producer tersohor tanah air iaitu Datuk Yusof Haslam.

Owner kepada syarikat Skop Productions Sdn Bhd itu berkata, semua drama tempatan yang diterbitkan telah dinilai terlebih dulu oleh station TV.

Ini untuk menyasarkan golongan penonton yang tertentu di Malaysia. Datuk Yusof juga memberi nasihat kepada Zed Zaidi agar fikir terlebih dulu sebelum nak buat sesuatu statement.

Jom baca kenyataan dari Datuk Yusof Haslam.

Saya mahu nafikan komen dari Zed Zaidi itu. Kita ni tak boleh nak cakap drama Malaysia seperti syok sendiri. Jika hanya syok sendiri, masakan drama-drama terkenal seperti drama Nur disambut dengan baik oleh penonton.”

Kita sebagai producer, buat satu-satu drama tu kerana kita ada penonton kita yang tersendiri. Amat tidak baik kalau kita nak perlekeh karya anak bangsakita sendiri.

Saya hormati dia sebagai presiden kepada persatuan Seniman, namun begitu dia kena berhati-hatilah keluarkan sebarang statement.

Sebelum nak cakap tu, dia kena fikir terlebih dulu supaya tidak lah ada nak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Cakap saja memang senang akan tetapi kalau nak hasilkan sesebuah karya drama tu bukannya kerja mudah.”

Sebelum ini, pengarah drama Nur iaitu Budak Ijat ada meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan Zed Zaidi berhubung isu drama Nur hanya ditayangkan satu episode di negara seberang, Indonesia.

Namun Zed Zaid ada membalas mengatakan hanya salah faham, dan dia tak tujukan kenyatan berkenaan kepada drama Nur.