“Sebulan bayi dalam kandungan dah tak bernyawa” Hannah Delisha

491 views

Kira-kira dua minggu yang lalu, pelakon dan penyanyi jelita, Hannah Delisha mengesahkan bahawa dirinya sudah keguguran anak pertama. 

Melalui laporan BH, Hannah akui berita duka itu telah memberi kesan buat dirinya. 

Katanya, dia mula mengetahui dirinya keguguran ketika dirinya mengandung 3 bulan atau lebih tepat, 13 minggu usia kandungan baby di waktu itu. 

Doktor mengesahkan dirinya keguguran semasa Hannah telah menjalani pemeriksaan dan membuat scan. 

Apa yang menyedihkan ialah apabila doktor mengatakan, bayi yang dikandungnya itu sudah sebulan tidak bernyawa semasa pemeriksaan. 

Ini memang memberi kesan kepada emosi Hannah dan dia tak akan lupakannya sampai bila-bila. 

“Tahu masa baby scan kali kedua. Yang pertama scan masa kandungan 4 minggu, untuk confirmkan hamil.” 

“Kali kedua masa lebih kurang 3 bulan, 13 minggu.” 

“Bayangkan, pertama kali nampak baby di mesin imbasan, memang rasa begitu teruja.” 

“Namun begitu, tak sampai beberapa minit, wajah doktor tiba-tiba berubah.”  

“Doktor check beberapa kali. Kemudian, beliau panggil seorang lagi doktor untuk nak kepastian lagi.”  

“Akhirnya, doktor memang dah sahkan bahawa jantung bayi saya dah tiada, dah berhenti berdegup, dan ianya sejak usia kandungan lapan minggu.”  

“Rupanya dalam sebulan, bayi tak bernyawa dalam kandungan.” 

“Bayangkanlah bagaimana perasaan saya di waktu itu.” 

“Baru seminit rasa gembira, tiba-tiba terima berita amat menyedihkan. Rasa bahagia, happy tu hanya seminit saja.” 

Itulah kata-kata dari pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura ini sambil menitiskan air matanya. 

Hannah Delisha bagaimanapun akui menerima takdir serta suratan yang tertulis bahawa belum ada rezeki buat dirinya dan suami untuk menimang cahayamata. 

Jelasnya lagi, dia pun agak trauma ketika menerima berita sedih itu, dan juga perit mengenangkan tatkala menjalani procedur mencuci rahim setelah anak dalam kanduungan tidak bernyawa.  

Selepas ini, seandainya dikurniakan rezeki lagi untuk hamil, Hanna Delisha berkata dia akan lebih berhati hati terutama dalam kerjayanya dan tak mahu terlalu aktif.