Mesej penuh, foto kemesraan Bella Astillah dan Muaz Zabir tersebar?

1,763 views

Agak mengejutkan hari ini apabila ada satu akaun di media sosial, telah membuat satu pendedahan melibatkan dua artis tanah air. 

Artis berkenaan ialah pelakon dan penyanyi terkenal iaitu Bella Astillah dan juga pelakon baru sedang meningkat naik bernama Muaz Zabir. 

Pendedahan hubungan di antara mereka berdua ini dimuatnaik di akaun Edisi Umat. 

Antara yang didedahkan kepada umum ialah perbualan di antara Bella dan juga Muaz serta ada juga beberapa foto yang agak mesra di antara mereka berdua. 

Kalau dibaca di mesej, dapat disahkan ianya bukanlah mesej biasa, seperti rakan, tetapi lebih kepada pasangan kekasih hati. 

Antara perkataan yang jelas digunakan dalam panggilan di antara mereka ialah sayang.

Jom lihat beberapa paparan yang dikongsikan oleh Edisi Umat. 

Ini pula photo mereka berdua yang diambil pada bulan Oktober tahun 2023.

Yang paling baru, pihak Umat Edisi juga mendedahkan bahawa Muaz pernah mengambil penerbangan ke Sabah bertemu dengan Bella.

Ini videonya.

@edisiumat Min harap diorang tak buat lah bulan ramadhan ni. Dosa besar tu masih isteri org. Mcm biasa ada di bio #alifaziz #bella #alifazizbella #curang #fyp #trend #skandal #playvictim? ♬ nhạc nền – douyin dance

Sehingga kini Bella Astillah dan juga Muaz Zabir masih belum ada membuat sebarang kenyataan balas tentang isu yang sedang tersebar ini. 

Melihat reaksi orang ramai, rata-rata masih lagi bagaikan tidak percaya, dan mempersoalkan, sama ada adakah ini edit semata mata. 

Ada juga tertanya, bagaimana boleh dapat mesej sedemikian dan siapakah yang menyebarkannya. 

Apapun semua pihak dah tentu akan menunggu jawapan dari pihak Bella Astillah, sudah tentu akan ada dalam masa terdekat ini, kita tunggu saja. 

Kepada yang tak kenal, Muaz Zabir merupakan pelakon baru yang kinio berumur 26 tahun.

Antara lakonannya ialah drama di TV3 seperti Pemburu Rahsia, Tentang Hati Dia, dan Bukan Hanya Sekadar Cinta.

Muaz Zabir pernah berlakon bersama Aliff Aziz dalam darama Tentang Hati Dia.