“Sejadah nipis, sakit lutut dan dahi” Eyra Hazali beri honest review

5,475 views

Pelakon drama Mr Grey, Eyra Hazali secara tiba-tiba trending namanya di laman Twitter. Rupanya ini kerana Eyra Hazali telah memberi padnagan jujur di Twitter berkenaan satu produk keluaran Neelofa.

Pelakon berumur 22 tahun ini ada tweet satu komen, memberi honest review tentang produk sejadah berjenama Naelofar, produk baru dari Neelofa.

Jelas Eyra Hazali, baginya, sejadah berkenaan agak nipis dan ini menyebabkan sekiranya menggunakannya, boleh menyebabkan lutut dan dahi rasa sakit ketika solat.

Eyra menulis sedemikian sebagai retweet kepada satu lagi posting netizen lain berkenaan sejadah tersebut.

“Tetapi sejadah ni agak nipis, sampai sakit lutut dan kepala kadang-kadang, maksud saya dahi.”

Melihat ada komen yang bercampur baur berkenaan tweet nya itu, Eyra Hazali berkata dia dia hanya memberi padangannya kerana membeli sejadah berkenaan dan bukannya tak sokong rakan artis.

“Saya hanya beri honest review, tapi ada orang buat statement kata artis tak support artis lain. Selepas itu saya pula kena dengan para peminat dia. Salah ke customer tulis review. I beli kot sejadah tu.”

Memang babyaj respon dari warganet tentang sejadah ini. Ada yang mengatakan harganya iaitu RM85 dan kualitinya tak setanding. Lantas ada yang memberi perbandingan produk sejadah lain.

“Memang betul, nipis dan licin. Mak saya guna sampai kena alas dua lapis. Kena alas carpet.” Itu antara pendapat customer lain.

“Senang terbang, kalau solat depan kipas, habis terlipat dua. Last-last tak sujud atas sejadah.” Itu pula tulis seorang lagi pengguna.

Ada juga peminat yang back up produk sejadah berkenaan dengan mengatakan ianya nipis, ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana, senang masuk beg dan dilipat.

Apapun, memang rata-rata setuju, sejadah Naelofar ini memang cantik.