Nabila Huda ganti Awal Ashaari dan Janna, Amyra Rosli ganti Mira Filzah

6,385 views

Sudah sah bahawa Awal Ashaari dan Janna Nick bukan lagi host rancangan Melodi TV3. Hari ini merupakan episode terakhir Awal dan Janna mengacarakan rancangan hiburan terkenal itu.

Awal dan juga Janna masing-masing sudah memberi ucapan perpisahan di laman Instagram. Awal sudah menjadi pengacara selama 8 tahun manakala Janna sudah 3 tahun menerajui Melodi.

Ramai yang nak tahu siapakah yang menggantikan Awal dan juga Janna Nick.

Menerusi satu laporan Harian Metro, persoalan ini dah pun terjawab apabila Nabila Huda disahkan sebagai pengganti mereka dan akan memulakan tugas sebagai hist baru pada episode minggu depan.

Malah, Janna Nick juga ada mengucap ucapan tahniah kepada Nabila Huda di laman Ig di atas pelantikkannya.

Ini kata Janna Nick: “Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan, terima kasih kepada penonton Melodi. Kepada Kupu-kupu (Nabila Huda) congratulations and all the best diucapkan. Janna Nick signing out.

Dari laporan Harian Metro, pihak Media Prima akan membuat satu sidang media untuk membuat pengumuman rasmi pengacara baru Melodi dan rancangan lain termasuk Nona dan juga Muzik-Muzik.

TV3 akan buat rombakan bermula bulan Ogos melibatkan tiga program hiburan yang paling dinanti ramai itu.

Untuk rancangan Nona, dimaklumkan isteri kepada Amar Baharin iaitu Amyra Rosli akan menggantikan Mira Filzah.

Mira Filzah sebelun ini memulakan tugas sebagai host menggantikan Uyaina Arshad pada tahun 2018.

Manakala untuk rancangan Muzik-Muzik pula Sissy Iman akan mengambil tugas sebagai pengacara setiap minggu menggantikan Alif Satar dan juga Daiyan Trisha.

Selain rancangan hiburan TV, sebelum ini Media Prima turut membuat rombakan di station radio Hot FM yang mana beberapa penyampai termasuk Mark Adam, Fizie dan juga Deen ditamatkan kontrak.