“Sekarang ayah banyak luang masa dengan keluarga” Jalil Hamid

2,625 views

Pelakon dan penyanyi Jalil Hamid kini dah masuk ke umur 66 tahun. 

Sebelum ini, Jalil pernah mengalami masalah jantung dan kini lebih banyak luangkan masa untuk berehat saja di rumahnya. 

Hal ini dijelaskan menerusi satu kenyataan di laman media miliknya baru-baru ini. 

Menerusi laporan Harian Metro, Jalil Hamid juga meminta semua untuk sentiasa mendoakan kesihatannya. 

“Masih ada yang merindui dengan lakonan Ayah? Sekarang ni Ayah lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga.” 

Caption berkenaan ditulis di video tersebut yang turut menunjukkan Jalil Hamid bersama keluarganya. 

Turut disertakan ialah detik ketika Jalil Hamid menerima rawatan di hospital. 

Mengimbas kembali kesihatannya, pelakon ini telah pun dimasukkan ke unit rawatan rapi ICU di Hospital Serdang pada bulan Mac lepas. 

Ketika itu, pada mulanya Jalil mengadu sesak nafas dan kemudian barulah Jalil telah disahkan mempunyai isu masalah jantung. 

Namun begitu, Jalil Hamid membuat keputusan untuk keluar dari hospital untuk memberi ruang katil kepada mereka yang lebih memerlukan. 

Ini kenyataan tentang hal ini.

“Jika nak diikutkan, saya masih lagi kena dirawat di hospital. Namun, saya kesian melihat pesakit-pesakit yang lebih teruk keadaan mereka. Oleh yang demikian, saya meminta untuk dibenarkan pulang dan berehat di rumah saja.” 

“Saya rasa kasihan apabila terlihat apabila ada pesakit lain yang tak dapat katil. Ada pesakit yang kena tunggu sampai empat ke lima hari untuk dapat katil.”  

“Bahkan masa tu ada yang sampai terpaksa berada di laluan. Saya mengambil keputusan dan memberitahu kepada pihak hospital, tak mengapa, saya mengalah.” 

Sepanjang di hospital, pihak doktor dah pun membuat beberapa ujian termasuklah ujian darah.  

Dan ketika berehat di rumah, Jalil Hamid telah memerlukan oksigen dan tahap oksigen juga perlu sentiasa dipantau. 

Itulah keadaan terkini Jalil Hamid, semoga sentiasa sihat hendaknya.