Anak sulung Norman Hakim mahu jumpa Aslam

12,274 views

Anak sulung kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim ada memberi sedikit respon tentang perihal melibatkan adiknya iaitu Marissa Dania yang dikatakan terlibat sebagai orang ketiga. 

Marissa didakwa menjadi punca rumah tangga individu bernama Misya dan juga Aslam goyah dan akhirnya sudah berpisah. 

Melihat isu ini Danish Hakim telah memberi tindakannya. 

Danish menerusi satu Ig story, dilihat telah menyeru nama Aslam, dan mahu berjumpa dengan lelaki berkenaan. 

Aslam, jom jumpa.” Itu yang ditulis oleh Danish Hakim secara ringkas, mahu bertemu berdepan mata dengan lelaki tersebut, kemungkinan untuk selesaikan kemelut yang melanda. 

Namun begitu sehingga kini tiada sebarang update sama ada mereka telah pun bertemu atau sebaliknya. 

Ibu bapa kepada Marissa pula mengambil pendekatan tidak membuat sebarang kenyataan panjang. 

Norman Hakim langusng mengambil langkah berdiam diri manakala Abby Abadi pun ada mengatakan bahawa ada perkara yang tak betul tentang pendedahan kisah anaknya. 

Sementara itu, Marissa Dania yang kini baru berumur 18 tahun, akhirnya telah pun keluarkan kenyataan darinya. 

Dari kenyataan, Marissa Dania menyatakan bahawa dia mengaku kesalahannya tentang penglibatan dengan lelaki bernama Aslam. 

Namun begitu ada juga beberapa point yang dikatakan tidak benar sama sekali. 

Ini pendedahan penuh dari Marissa Dania. 

Itu merupakan kenyataan penuh dari pihak Marissa Dania sendiri. 

Jelasnya, kini dia pun sudah tidak lagi berhubung atau ada hubungan dengan lelaki berkenaan. 

Katanya, dia membuat kenyataan ini bukan untuk memuaskan hati semua pihak. 

Remaja ini juga meminta orang ramai untuk tidak terus melibatkan ibu bapanya iaitu Norman Hakim dan juga Abby Abadi. 

Kata Marissa Dania, biarlah dirinya saja yang menyelesaikan isu ini bukan ibu bapanya.