Syamsul Yusof selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini

8,718 views

Pengarah terkemuka, Syamsul Yusof, 39 tahun, kini telah selmat berkahwin sekali lagi dengan wanita bernama Ira Kazar. 

Hal ini disahkan sendiri oleh Syamsul Yusof menerusi satu kenyataan yang dibuatnya sebentar tadi, pada hari Jumaat, 6 Januari 2023. 

Syamsul Yusof mengatakan dia dan Ira Kazar telah bernikah pada hari Jumaat ini, di negara jiran iaitu Thailand. 

Sungguhpun berkahwin di Thailand, kata Syamsul Yusof, dia dan Ira Kazar bernikah dengan berwalikan ayahnya iaitu pelakon dan penyanyi Kazar. 

“Salam semua, apa khabar. Hari ini saya mahu rungkai semuanya dan terima kasih kerana beri perhatian tentang isu rumah tangga saya ini.” 

“Saya mahu menokhtahkan isu ini pada hari ini.” 

“Mahu beritahu pada semua, bersyukur, pada hari ini, saya telah pun bernikah secara sah dengan Ira Kazar di Thailand dan dengan berwalikan ayahnya.” 

“Ada sebab mengapa saya bernikah di sini, untuk memudahkan beberapa perkara.”  

“Perkahwinan saya dan Ira Kazar ini juga telah pun didaftarkan, syukur Alhamdulillah.” 

Dalam pada itu, Syamsul Yusof berkata, sehingga kini dia masih lagi suami kepada Puteri Sarah Liyana.  

“Saya nak tegaskan bahawa Puteri Sarah masih isteri saya.” 

 Syamsul Yusof juga sempat meminta isteri itu untuk pulang ke rumah dan berbincang bersama untuk selesaikan isu ini. 

“Kepada isteri saya Sarah, pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan kepada semua orang. Bawalah anak-anak kita balik.” 

“Apa saja hal, kita berbincang di rumah tanpa perlu membuka aib saya. Terus-terang, membawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya ni masih lagi berstatus suami kepada awak. 

Syamsul Yusof juag berkata, dia bukannya mahu membelakangi family nya.  

“Tidak pernah terlintas untuk saya membelakangkan family, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan semua family saya.” 

“Saya ni bukan manusia yang sempurna.” 

Itulah kenyataan dari Syamsul Yusof yang kini dah sah bergelar suami kepada Ira Kazar.