“Semoga Ira Kazar dan suami saya dapat hidayah” Puteri Sarah Liyana tak tahan lagi

34,377 views

Hari ini, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan individu bernama Ira Kazar sebagai wanita yang cuba menggangu kebahagiaan rumah tangga yang dibina dengan Syamsul Yusof.

Dari beberapa luahan hati di laman IG, Puteri Sarah Liyana mendedahkan nama Ira Kazar secara terbuka.

Dikatakan Ira Kazar merupakan anak kepada penyanyi dan pelakon veteran, iaitu Kazar.

Puteri Sarah Liyana turut mendedahkan sudah hampir empat tahun perkara ini berlaku sejak dari tahun 2019 lagi.

“Dari dulu sampai sekarang, saya diganggu melalui akaun yang tak betul, diganggu melalui banya komen yang buat hati saya disakiti namun saya tetap terus sabar.”

“Sampailah mental saya ni diganggu sejak tahun 2019 lagi. Pernah saya dan suami dah tak tinggal sebumbung. Masih lagi tak puas hati lagi. Bila kami dah berbaik, terus kata macam-macam pada suami.”

Jelas Puteri Sarah Liyana, apa yang terjadi pada hari ini membuatkan dirinya benar-benar naik angin kerana ianya melibatkan anak-anaknya. Dan hal ini membuatkan dirinya menulis luahan hati.

“Pada hari ini saya sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang amat pedih hati ini. Selama ini, anda ganggu saya, saya diam saja kerana nak jaga nama baik family.”

“Kali ini dah lebih sangat. Siap cakap tentang hal melibatkan anak-anak saya. Anda tu orang luar tak perlu nak masuk campur.”

Puteri Sarah Liyana turut meminta Ira agar jangan kacau hidupnya lagi dan berharap dia dan suaminya akan insaf.

“Dah cukuplah ganggu saya. Dah empat tahun saya tanggung. Berhati-hati dengan doa orang yang teraniaya, ianya akan dimakbulkan.”

“Pada bulan yang baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami saya akan diberikan hidayah.”

Ini luahan hati Puteri Sarah Liyana.

Dalam pada itu, Puteri Sara turut mendedahkan Ira Kazar sebenarnya dah ada kekasih hati, tetapi masih lagi nak ganggu suaminya.

“Rasanya awak dah ada kekasihkan Ira Kazar, tapi semuanya tak kekal. Mana pergi semua kekasih anda tu.”

“Kenapa nak kena kejar suami orang, dah tak ada maruah atau kerana nak harta dia. Silalah kerja, saya ni pun kerja cari wang sendiri.”

Itulah luahan hati dari Puteri Sarah Liyana tentang wanita bernama Ira Kazar.

Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof berkahwin pada tahun 2014 dan mempunya dua orang anak.