“Tolong jangan mengata penampilan, saiz badan dia”

8,881 views

Kisah pendakwaan pengasas Rumah Bonda, iaitu Siti Bainun ke atas kanak kanak bernama Bella mendapat perhatian ramai.

Kes ini membuatkan orang ramai naik angin dengan Siti Bainun. Kerana itu memang habis teruk Siti Bainun jadi bahan dengan netizen semua.

Antara yang turut terpalit sama ialah bentuk badan serta saiz badan Siti Bainun.

Hal ini telah menarik perhatian seorang selebriti iaitu Ika Nabella. Menerusi satu entry di laman Ig miliknya, Ika Nabella tak setuju bentuk badan seseorang jadi bahan kepada komen yang tak baik.

Ika Nabella menegur agar janganlah mencemuh penampilan seseorang walau macam mana tak suka pun kita padanya.

“Kalau terlalu tak suka atau naik angin pada Siti Bainun, tolonglah jangan mengata tentang penampilan dia. Ini menunjukkan betapa rendahnya mentaliti korang. Tapi jangan korang tersinggung ye, saya tegur secara umum saja.”

“Yang tak baik tu diri dia, bukannya saiz badan dia. Cuba korang bayangkan orang lain yang saiz badan macam Bainun baca, apa agaknya mereka rasa.”

Ini komen penuh dari Ika Nabella.

Dalam pada itu, pelakon ini turut berkata, dia bukannya menyokong Siti Bainun dan turut tak menyukai apa yang wanita itu lakukan.

Cuma baginya, perbuatan mengatakan tentang bentuk badan seseorang itu tidak wajar dilakukan.

“Daripada mengata yang tak elok tentang bentuk badan Siti Bainun adalah lebih baik mendoakan buat Bella.”

“Saya pun sendiri amat sentap dengan kes dan apa yang terjadi kepada Bella, sampai tak boleh nak ungkapkan dengan kata-kata.”

Ini komen penuh dari Ika Nabella lagi.

Ketika ini, Siti Bainun sedang didakwa di atas tuduhan kes melibatkan seorang kanak-kanak kurang upaya iaitu Bella. kes ini mendapat liputan secara meluas di Malaysia.