Sempoi habis, Tok Ram pandu Perodua Viva pergi Gegar Vaganza

7,550 views

Rancangan nyanyian paling terkenal ketika ini sudah tentunya Gegar Vaganza. 

Kalau sebut saja Gegar Vaganza, antara nama yang amat sinonim ialah pengacaranya iaitu Nabil dan Jihan serta jurinya. 

Antara juri yang masih lagi kekal dari season pertama sampailah ke season yang terbaru ini ialah the one and only Dato Ramli Ms atau Tok Ram. 

Baru-baru ini, ada satu video yang telah menjadi bualan melibatkan Tok Ram yang dimuatnaik oleh peminat maestro dari Singapore itu. 

Dari video berkenaan, Tok Ram dan Nabil Ahmad sedang bergurau sebaik saja tamat rancangan All Stars Gegar Vaganza. 

Mereka berdua dilihat berada di parking lot bersama para peminat. 

Tok Ram sedang menaiki keretanya sambil berbual bersama Nabil. 

Apa yang menajdi perhatian ialah kereta yang dipandu oleh Tok Ram itu. 

Jelas kelihatan, Tok Ram sedang menaiki kereta Perodua jenis Viva. 

Ini videonya. 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata memberi komen positif setelah melihat sendiri kereta Tok Ram itu. 

Ramai yang memuji bahawa juri tetap berkenaan begitu merendah diri, humble dengan hanya menaiki kereta Viva untuk pergi ke event sebesar Gegar Vaganza. 

Jika selebriti lain berlumba lumba mahu menunjukkan kereta mewah, namun tidak bagi Tok Ram. 

Mungkin dengan menaiki Viva, lebih mudah dipandu untuk Tok Ram kerana kecil , selain lebih jimat. 

Ada juga mengatakan, mungkin Tok Ram ada kereta lain, tetapi memilih untuk menaiki Viva. 

Apapun, ini antara komen dari orang ramai setelah melihat Datuk Ramli Ms memandu Perodua Viva.  

“Tok Ram sempoi je naik kereta Viva, kita geng la.” 

“Memang rilek betul Tok Ram ni, kalau tengok rancangan projek bapak, Tok Ram paling boleh buat semua benda, termasuk benda kampung.” 

“Steady Tok Ram dan Viva, seorang yang low profile, humble.” 

“Naik kereta kecil ni memang best, senang nak bawa, boleh menyelit.” 

Memang terbaik Tok Ram ni, kereta Viva tetap jadi pilihan hatinya, walaupun dirinya seorang yang amat berjaya dan terkenal.

Datuk Ramli Ms, 64 tahun, telah pun berkahwin dengan penyanyi iaitu Datin Alyah pada tahun 2013.