“Semua benda nak tegur, ada saja tak kena” Ujian dahsyat Nabil Ahmad

5,923 views

Nabil Ahmad dan isterinya kini sedang dalam proses untuk berhijrah, menjadi individu yang lebih baik dan mendekatkan diri dengan pencipta.

Sesungguhnya setiap orang yang mahu berhijrah, memang akan ada dugaan yang datang.

Jelas Nabil, yang pernah memenangi Bintang Paling Popular beberapa tahun lalu, dia turut melalui pelbagai ujian serta dugaan yang datang ketika sedang berhijrah ini.

Ketika buat amal ibadah, ujian terbesar ialah untuk beristiqamah. Contohnya cabaran untuk pastikan saya dapat bangun dari tidur dan bersolat tahajud.

Masa awal proses perubahan ini, memang saya amat rajin tapi dengan perlahan-lahan, saya mula kena uji dengan hal seperti mula nak lewat sikit dan kadangkala, hanya mampu solat Subuh saja.

Jelas Nabil lagi, ada ketikanya dia rasa asyik nak tegur orang saja. Sampai isterinya pun kena.

Dugaan lebih dahsyat ialah apabila semua benda saya rasa nak tegur. Tengok isteri sendiri pun saya selalu saja nak tegur macam ada saja benda yang silap.

Tapi dari situ jugalah saya dah belajar yang mana setiap benda kita nak tegur, ada caranya kerana semua orang tak sempurna dan ini termasuklah diri kita.”

Saya mula untuk belajar sentiasa bersangka baik dan husnozon dengan orang. Secara perlahan saya practise dalam kehidupan, dengan family, isteri dan adik-beradik.

Kisah penghijrahan Nabil ini turut mendapat sokongan dari semua keluarganya termasuk rakan-rakan. Malah ada juga rakan di kampunya yang turut serta mahu berubah dengannya.

Kawan kat kampung pun sama-sama nak baiki diri dengan saya. Ada kawan call tanya macam mana nak start. Lepas tu kami sama-sama sertai kelas ilmu agama secara online dengan seorang ustaz.

Syukur buat masa sekarnag tiada yang jauhkan diri dengan saya setelah berhijrah, tapi kalau dulu ramai yang jauhkan diri kerana perangai saya.

Buat masa sekarang Nabil Ahmad menyatakan dia tetap akan menjadi pengacara sekiranya diberika kepercayaan oleh pihak produksi, dan akan cuba sampaikan sedikit ilmu dalam pengacaraannya selepas ini.