“Jujur saya terkejut” Fasha Sandha tentang keputusan Elisha Sandha

18,364 views

Pelakon Elisya Sandha kini selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Uzair Haqimy.

Elisha Sandha, adik kepada Fasha Sandha, menamatkan zaman bujangnya pada umur 22 tahun manakala suaminya yang juga anak kepada Sheila Rusly itu berumur 25 tahun.

Melihat umur adiknya yang masih lagi muda, Fasha akui sebenarnya terkejut dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga seawall 22 tahun.

Namun Fasha tetap positif dan anggap jodoh kedua pasangan berkenaan amat kuat.

Secara jujur saya cakap, di awalnya, saya memang terkejut apabila dapat tahu adik dah sedia nak berkahwin dan jadi isteri orang, Elisha baru 22 tahun. Sebab saya sendiri pun berkahwin pada umur 28 tahun.

Namun, itu semua merupakan ketentuan, kerja Allah, kita hanya rancangan akan tetapi Allah yang tentukan. Jodoh mereka sampai awal. Lama dah bercinta walaupun ada on and off tetapi jodoh mereka amat kuat. Uzair pun lelaki baik dan juga gentleman.

Fasha percaya Uzair akan jalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik kepada adiknya itu.

Saya amat yakin Uzair dapat beri kebahagian buat Elisya. Apabila fikir kebahagian adik, saya dan family memang merestui sepenuhnya hubungan mereka.

Fasha Sandha yang kini berumur 37 tahun, turut memberi nasihat buat adiknya itu untuk lalui alam perkahwinan.

Saya beberapa kali pesan pada Elisya sejak dari mereka bertunang sampai sekarang. Saya pesan supaya mereka akan terima segala kekurangan antara satu sama lain.

Yang paling penting, terima kekurangan dulu berbanding dengan kelebihan masing-masing. Barulah setiap pasangan dapat melengkapi antara satu sama lain dan dapat beri kebahagiaan. Tiada manusia yang sempurna.

Diimbas kembali, Elisha Sandha telah diberi wang hantaran berjumlah RM22,222,22 dan tujuh dulang hantaran dari pihak Uzair manakala pihak Elisha membalas lima dulang.