Senarai lagu unik dan rare untuk peserta All Stars GV minggu depan, pilihan dari Tok Ram

29,752 views

All Stars Gegar Vaganza telah mengumumkan bahawa lagu yang bakal dinyanyikan oleh para peserta untuk minggu ke 8 adalah lagu yang dipilih oleh juri Datuk Ramli Ms. 

Apa yang menariknya, kesemua lagu yang dipilih oleh Tok Ram ini, memang lain dari yang lain, semuanya boleh dikatakan begitu unik dan amat rare belaka. 

Cuba bayangkan lagu Ayam nyanyian yang dipopularkan oleh Jalil Hamid, akan dipertandingan di pentas Gegar Vaganza. 

Lagu Ayam ini, akan didendang oleh Liza Hanim pada minggu depan. 

Itulah antara contoh lagu yang dipilih oleh Tok Ram untuk peserta kali ini. 

Sampaikan, untuk minggu depan, ianya telah dilabel oleh Nabil bagaikan fun fair. 

Selain lagu Ayam, antara yang menjadi tumpuan ialah lagu untuk Siti Nordiana. 

Nana telah menerima lagu dari Britney Spears iaitu Baby One More Time

Selain itu, dua peserta iaitu Hady Mirza dan juga Aliff Aziz telah diberikan lagu dari penyanyi lagenda iaitu Dato M Daud Kilau. 

Ini senarai penuh lagu untuk minggu ke 8. 

KENYATAAN DARI PARA JURI TENTANG MINGGU KE-8

Tentang pemilihan lagu, ini komen dari Tok Ram.

“Saya tanya kamu lagu tu sedap tak semua. Lagu yang diberikan semuanya sedap.”

“Kepada para peserta ni, saya tahu semua watak mereka, saya tahu library mereka, semua mereka tak ada dan mahu mereka belajar watak dan jiwa lagu tu.”

“Saya nak mereka tahu karya yang lain-lain, jadi mereka akan faham dan dapat hormati lagu-lagu.”

“Tapi mungkin akan banyak yang hauk.”

Ini pula komen dari bonda Hetty tentang lagu para peserta minggu depan.

“Kalau kita nyanyi, bukan lagu yang tidak cocok dengan kita. Sebagai penyanyi kita kena mencintai semua genre lagu.”

“Jadi ini cabaran buat kalian, oleh itu peserta kena cerdik. Kena tahu nak masukkan unsur apa.”

Datuk Syafinaz sempat memberi nasihat kepada Siti Nordiana untuk sebut sebutan English dengan baik.

“Kena sebut perkataan the dengan betul ye Siti Nordiana.”

“Kepada peserta, selalu korang nyanyi lagu yang dah biasa, kali ini ada cabaran untuk korang. Tapi kena have fun lah.”

Itulah perancangan untuk minggu depan, minggu ke lapan All Stars Gegar Vaganza, kini tinggal 10 orang peserta saja lagi.