Keputusan, markah serta ranking minggu ke-7 peserta All Stars Gegar Vaganza

22,434 views

All Stars Gegar Vaganza minggu ke tujuh telah berlangsung pada hari ini, Ahad 6 November 2023. 

Tinggal sebelas saja peserta yang bersaing untuk melangkah ke peringkat seterusnya. 

Pada minggu ini, dengan tema Kau Ilhamku, para penyanyi menyanyikan lagu dari mereka yang layak dijadikan idola. 

Dengan nyanyian yang merdu dan bertenaga, akhirnya Hady Mirza telah menerima markah tertinggi apabila nanyiannya membawa lagu Romancinta dari kumpulan Mojo, ciptaan Edry KRU. 

Hady Mirza mendapat markah sebanyak 79.25 peratus sekaligus diumumkan sebagai juara minggu ke-7. 

Tempat kedua pula diduduki oleh Jaclyn Victor dengan markah 75.75 peratus. 

Untuk tempat ketiga pula, Liza Hanim berjaya meneruskan kecemerlangannya dengan markah 70.25 peratus. 

Tidak dapat dinafikan lagi, Liza Hanim merupakan peserta paling konsisten untuk musim ini. 

Vokalis Boboy, Naqiu, yang mendapat pujian dari para juri, telah mendapat tempat ke empat. 

Siti Nordiana pula cemerlang di tempat kelima setelah menerima markah 67 peratus. 

Untuk tempat ketiga terakhir, mereka yang tinggal ialah Aliff Aziz, Nikki dan Ezad Lazim. 

Aliff Aziz telah mendapat tempat ke sembilan dan terselamat. 

Tempat kedua terakhir pula diumumkan milik Nikki Palikat

Dan Ezad Lazim telah diumumkan sebagai peserta yang menerima markah yang terendah sekaligus diumumkan sebagai peserta yang akan meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim ke 10 ini. 

Vokalis kumpulan Exist ini mendapat markah sebanyak 58 peratus apabila nyanyiannya membawa lagu dari kumpulan Ukays, tidak dapat memikat para juri. 

Untuk ucapan terakhir, Ezad mengucapkan terima kasih kepada semua dan sempat berbicara tentang konsert yang bakal dilangsung oleh kumpulan Exist. 

Ini kedudukan dan juga ranking untuk minggu ketujuh. 

Untuk minggu ke lapan, tema yang diberikan, lagu yang dipilih ialah lagu dari Datuk Ramli MS sendiri. 

Semua lagu memang jenis yang lain dari kemampuan para peserta. Tok Ram kata, dia mahu semua belajar dengan lagu yang diberikan.