Serina Redzuawan tak bergantung kekayaan Datuk Chef Wan, hidup tenang di Perlis

2,669 views

Serina Redzuawan kini telah pun berkahwin dan mengikuti suaminya untuk menetap di Perlias. 

Pelakon dan pengacara ini akui dalam hidupnya memang ada fasa kesukaran tetapi dirinya tak pernah patah semangat. 

Walaupun mempunyai seorang bapa yang amat mahsyur iaitu Chef Wan, namun Serina memilih untuk hidup berdikari, jauh dari kota raya.  

Serina Redzuawan tidak mahu menumpang kekayaan dari bapanya walaupun Chef Wan memang seorang jutawan. 

“Dari segi dugaan jangan cakaplah. Saya ni antara artis yang diduga dengan banyak masalah. Dari isu perkahwinan, isu anak-anak saya dan pelbagai lagi.”  

“Apa yang buatkan saya ni terus kuat ialah saya memang dari dulu tak pernah bergantung atau berharap kepada sesiapa.” 

“Sungguhpun saya ni mempunyai seorang bapa yang kaya, saya tidak pernah telefon papa saya untuk meminta wang. Kalau usah macam mana pun, saya tak pernah meminta wang daripada papa.” 

“Boleh bayangkan, sungguhpun bapa saya ni jutawan, handphone pun saya tak pernah minta dia untuk belikan. Oleh itu, saya memang dibesarkan untuk struggle dan berusaha di atas kaki saya sendiri.” 

Tentang perkembangan selepas mengikut suami, iaitu Meor Mohammad Aidid dan menetap di utara Malaysia, bagi Serina dia teramat bahagia.   

“Selama ni kita dah biasa hidup di bandar, secara tiba-tiba bila tinggal di Perlis, memang rasa tenang.” 

“Pendapat saya, apabila kita dah dapat kebahagiaan, hal lain dah jadi nombor dua. Kita dah tak ada nak fikir apa dah.” 

Jelas Serina Redzuawan, dia sudah tak fikirkan kemwahan dan hidup sebagai seorang selebriti. 

“Saya kata tidak apalah. Pengorbanan sebagai seorang isteri tu lebih mulia dari apa yang saya miliki sebelum ini. Kemewahan, glamor, semua saya dah dapat dah dulu-dulu.” 

Diimbas kembali, Serina Redzuawan kini tidak lagi menjaga anak-anak iaitu Tristan dan Isabella setelah hak penjagaan diberi kepada bekas suaminya Gavin Edward. 

Serina Redzuawan kini menetap di Perlis bersama Meor setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021.