Cantiknya bilik Aaisyah Dhia Rana, besar, cantik, kemas dan mewah

23,932 views

Pasangan selebriti Zain Saidin dan juga Rozita Che Wan mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana. 

Dah masuk ke umur 8 tahun, Aaisyah antara kanak-kanak yang dikenali ramai bersesuaian dengan statusnya sebagai anak selebriti terkenal. 

Mewarisi ketampanan dan kejelitaan ibu bapanya, ramai akui Aaisyah memang seorang anak yang sangat cantik dan comel. 

Pada tahun ini, Rozita Che Wan yang dikenali dengan nama Che Ta telah pun duduk di rumah barunya. 

Aaisyah Dhia Rana pun sudah mempunyai biliknya sendiri. 

Walaupun baru berumur 8 tahun, bilik Aaisyah dilihat amat cantik dan tersergam indah. 

Menerusi satu rakaman video yang menjadi viral di laman Tiktok bernama Nurkhalaf. 

Ini video bilik tidur Aaisyah. 

Dari video itu, ternyata bilik tidur Aaisyah ini teramatlah luas dan dilengkapi dengan satu bilik air sendiri. 

Bukan saja bilik tidur, tetapi bilik air pun dah teramat besar dan mewah. 

Bilik airnya mempunyai ruang shower bagaikan hotel dan tak lupa juga bath tub. 

Melihat ruangan komen, rata-rata mengagumi bilik tidur Aaisyah itu. Ada yang mengatakan Aaisyah bagaikan real princess.

Ini antara komen netizen.

Sebelum ini, Che Ta akui sudah mula duduk di rumah bungalow barunya itu pada tahun ini setelah empat tahun tergendala akibat pelbagai rintangan. 

Antaranya ialah proses ubahsuai atau renovation yang tertunda akibat pandemik yang melanda sejak tahun 2020. 

Jelas Che Ta dia dan Zain telah memilih konsep rumah dengan tema hiasan Inggeris. 

Selain Che Ta, Zain Saidin dan juga anak-anaknya iaitu Ammar Effendy, Aniq Ezra serta Aaisyah Dhia Rana, Che Ta juga menjemput ibunya serta ibu mertuanya untuk tinggal sekali bersama sama mereka. 

Tahniah Roziat Che Wan dan Zain Saidin di atas rumah baru yang dimiliki ini, harapnya lepas ni dapatlah buat house tour untuk tatapan para peminat setia.