Setahun tinggal berasingan, Sharnaaz tak ada usaha, dedah Nabila

4,488 views

Kakak Neelofa iaitu Noor Nabila yang merupakan isteri kepada pelakon Sharnaaz telah membuat satu kenyataan terbaru tentang kes perkahwinan mereka.

Jelasnya, suaminya Sharnaaz memang tak ada buat sebarang usaha untuk berdamai sepanjang satu tahun mereka tinggal secara berasingan.

Dek kerana hal ini, Nabila akui dirinya dah tawar hati dan tetapi dengan keputusan untuk tak mahu lagi teruskan perhubungan mereka sebagai suami isteri.

Ini komen Nabila: “Hal ni sebenarnya jadi mudah jika Sharnaaz Ahmad lafazkan cerai akan tetapi dengan proses kami lalui kini, memang ia nya akan ada masalah.

“Sharnaaz pun tak ada usaha nak berdamai dan saya pun memang tak nak perkahwinan ini diteruskan lagi, oleh itu kedua-dua pihak patutnya dah paham yg masing-masing ada kehidupan sendiri dan kena lah move on dan forward.

“Sharnaaz dah jalani kehidupan nya selama satu tahun tanpa isteri dan sama juga dengan saya. Namun kita berdua ada anak, oleh itu tidak perlulah kita kena panjangkan hal ini. Sebaiknya kita harus move on dan berbaik-baik sama2 besarkan anak kita tanpa rasa marah.

“Adakah Sharnaaz Ahmad mahu selamatkan perkahwinan kami ini dan apa usaha yang dah dibuat olehnya? Satu tahun ini sy tidak dapat apa usaha dan kerana itu saya memang dah tak mahu teruskan sebab dah tawar hati”

Sharnaaz Ahmad dan Nabila disatukan pada tarikh 31 Mac 2017 dan sepanjang hubungan, mereka berdua diberi nikmat untuk bergelar ibu bapa dengan kehadiran anak lelaki bernama Jebat Jayden (1 tahun).

Tentang kes mahkamah, pada bulan Februari ini, kedua mereka diminta untuk buat pelantikan hakam baru. Ini setelah hakam atau wakil mereka sebelum ini tak dapat capai kata sepakat. Kes nusyuz yang dibuat oleh Sharnaaz ke atas Nabila juga akan disebut pada bulan depan.