Puteri Balqis tarik diri last minit, produser A Aida terkejut

5,243 views

Isu melibatkan Puteri Balqis semakin jadi perhatian, kali ini pelakon ini telah tarik diri di saat akhir untuk berlakon satu drama atau telefilem.

Puteri Balqis telah terima tawaran berlakon dari A Aida Production Sdn Bhd untuknya tampil dalam satu telefilem berjudul Tiada Galang Ganti namun melalui ibunya, Norashikin, Puteri Balqis telahpun menarik diri pada hari ini.

Produser telefilem itu iaitu Datuk A Aida memang amat terkejut dengan keputusan itu sebab patutnya mereka akan jalani penggambaran pada hari esok.

Aida memberitahu, apabila assistant director telah contact kembali pihak Puteri Balqis untuk nak tahu sebab dia tarik diri, namun mesej itu tidak dapat respon balas.

Ini komen dari Datuk A Aida: “Kalau dari jadual, patut esok mereka semua akan jalani penggambaran telefilem ini. Memang amat tidak sangka pula Puteri Balqis akan tarik diri di saat akhir”

“Sy pun memang tak tahu apa masalah sebenar mereka. tetapi, ini lah cabaran yg diterima syarikat produksi apabila ada pelakon tarik diri pada saat akhir dan kita kenalah cari pengganti baru pula”.

Sementara itu, Aida memberitahu dia tak adalah nak marah dengan tindakan ibu Puteri Balqis itu sebab, sebenarnya tawaran berlakon itu pada awalnya diberikan pada Puteri Balqis kerana atas dasar nak tolong mereka.

Ini komennya lagi: “Sy okay je dan tidaklah jadi isu besar mana pun. Apa yang pasti, saya dah pun cuba tolong mana yang terbaik. Dah dia sendiri tarik diri di saat akhir, pasti ada sesuatu yg tak kena dan tentang itu saya tak nak masuk campur”.

Dalam pada itu, Puteri Balqis menerusi laman Ig miliknya ada mengatakan dia tidak mahu lagi terlibat dalam industry hiburan ini.

Ini tulis Puteri Balqis tentang hal ini; “Janganlah risau, Puteri Balqis tidak akan berada dalam industry seni ini lagi, Puteri lebih tenang tanpa nak berdepan dengan golongan seperti mereka”