“Sha rasa macam nak pakai tudung balik, tapi..” Uqasha Senrose

2,674 views

Pelakon yang sedang laku di kaca televisyen iaitu Uqasha Senrose sebelum ini pernah berhijab.

Namun, penghijrahannya terhenti ditengah jalan dan mengambil keputusan untuk kembali tidak bertudung sekitar tahun 2016.

Jelasnya, ketika dia bertudung, hatinya sedang berkecamuk dek kerana baru saja putus percintaan, keputusan itu dibuat tanpa fikir panjang setelah merasakan dirinya hilang arah.

Lima tahun dah berlalu, kisah Uqasha Senrose membuka tudung sudah mula dilupai netizen.

Namun baru-baru ini, Uqasha ada meluahkan rasa isi hatinya nak kembali memakai hijab. Ianya diungkapkan melalui satu video di akan TikTok miliknya.

Uqasha muatnaik satu video menunjukkan dirinya sedang memakai busana muslimah dan lengkap memakai tudung berwarna merah jambu.

“Syukur Uqasha dapat baju abaya ini lagi, memang tak pernah kecewa dengan baju ni. Walaupun jubah dia ada design dan at the same time menutup aurat. Itu yang paling penting.

Uqasha rasa macam nak memakai tudung balik. Tapi kenalah istiqamah dulu, kalau tak nanti kena kecam.

Video berkenaan baru dimuatnaik dan dalam masa 24 jam sudah ditonton sebanyak 380 ribu kali serta beribu komen yang ditulis oleh peminatnya.

@uqashasenrose92

♬ original sound – UqashaSenrose92

Rata-rata peminat berharap pelakon ini akan kembali meneruskan penghijrahannya dan kembali memakai tudung seperti dulu.

Semoga Uqasha akan istiqomah, good luck, cantik sangat kalau pakai tudung.” Tulis seorang followernya.

Ini pula komen seorang lagi peminatnya: “Suka sangat, masa Uqasha jadi Sara (watak), memang cantik sangat bila pakai tudung.

Slowly but surely, semoga kuat untuk istiqomah. Pedulikan apa orang lain nak cakap pada kita.

Pada tahun 2016, Uqasha Senrose telah buat keputusan muktamad untuk kembali menanggalkan hijab dan tidak lagi bertudung. Katanya dia tidak konsisten dan tak mahu pura-pura lagi.