Tindakan mulia isteri Along Eyzendy, semoga syurga buatmu

988 views

Pelakon Along Eyzendy kini sedang hidapi sakit buah pinggang yang kronik. Kerana penyakitnya itu, buah pinggang telah rosak teruk sehingga 80 peratus.

Namun begitu, pengorbanan seorang isteri ternyata bakal memberi sinar harapan kepada pelakon berumur 42 tahun itu.

Isterinya bernama Amy telah pun selamat menderma sebelah buah pinggang miliknya kepada Along.

Amy atau nama sebenarnya Hamidah Mohd. Yatim membuat pembedahan menderma buah pinggang itu di Hospital Selayang.

Along ternyata amat terhari dengan tindakan dari isterinya itu yang dilabelnya sebagai sesuatu yang tak dapat dibalas. Jom baca komen Along setelah menerima buah pinggang.

“Saya memang tidak dapat balas jasa isteri. Saya harap dan mendoakan akan menjejakkan kaki ke syurga buat isteri saya.”

“Semalam, saya telah dipindahkan daripada unit rawatan rapi (ICU). Kemungkinan doktor cakap saya akan dipantau selama dua minggu di wad manakala isteri saya akan keluar terlebih dahulu. Syukur alhamdulillah, keadaan kami berdua kini stabil.”

Bercerita tentang mengapa isterinya yang buat pemindahan, memberitahu, isterinya bersungguh mahu menderma buah pinggangnya setelah mengtahui dari doktor bahawa itu adalah antara caranya untuk merawat buah pinggang Along.

“Doktor ada cerita bahawa cara untuk pulihkan semula buah pinggang sepenuhnya ialah buat pemindahan buah pinggang. Sejak itu, isteri saya cakap dengan doktor, dia berminat nak buat, nak derma buah pinggang kepada saya.”

“Sememangnya saya terkejut mula-mula dengar. Dia cakap akan buat ujian dulu untuk melihat keserasian kami, boleh ke tidak. Setahun kami ambil masa untuk buat check up untuk lihat hasil keserasian berkenaan. Sememangnya diketahui darah kami pun sama jenis iaitu AB. Syukur isteri saya sihat tanpa sebarang penyakit sebelum ni. Isteri saya derma buah pinggang sebelah kanannya.”

Itulah kisahnya betapa mulia tindakan seorang isteri buat suami. Semoga kedua mereka terus sihat selepas ini, amin.

Share this on...