Shakilla Khoriri kurang senang lihat gambar mulut anak ditekup di majlis nikah Fizi Ali

9,818 views

Pelakon Shakilla Khoriri akui terasa kurang senang melihat sekeping foto dari gambar nikah perkahwinan bekas suaminya, penyampai radio, Fizi Ali. 

Dari gambar yang dimuatnaik, Fizi Ali bergambar bersama isteri barunya termasuk anak-anaknya. 

Ada sekeping foto menunjukkan anak perempuan isteri barunya itu telah menekup mulut anak Fizi Ali dan juga Shakilla iaitu Ameena. 

Ternyata, Shakilla kurang senang melihat adegan tersebut. 

Pelakon berumur 34 tahun ini ada bertanya kepada bekas suaminya itu, namun sehingga kini belum dapat penjelasan.   

“Ini antara benda yang saya tak suka tengok. Sekeping foto yang dimuat baik memperlihatkan anak perempuan isteri baru Fizi, telah menekup mulut anak saya.” 

“Sebagai ibu, saya memang tak senang tengok benda itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas.” 

Itulah kata Shakilla melalui laporan dari portal Mstar. 

Foto mulut Ameena ditekup kakak tirinya

Selain itu, Shakilla Khoriri juga berkata dia tak tahu menahu tentang perkahwinan Fizi itu.  

Jelas Shakilla, dia ada bertemu Fizi yang mahu mengambil anak mereka. 

Tetapi bekas suaminya itu berkata dia hanya mahu membawa Ameena ke taman tema air. Rupa-rupanya Fizi mengambil anak mereka untuk majlis pernikahannya. 

Bagi Shakilla, lebih baik Fizi hanya berterus terang saja.   

“Saya pun terkejut tiba-tiba dia kahwin. Semalam Fizi ada datang ke rumah dan sempat kami berbual panjang berkenaan anak.” 

“Tak ada pula dia cakap nak nikah pada hari Isnin cumanya dia maklumkan nak ambil anak kerana mahu pergi taman tema air.” 

“Fizi sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan, dia patut hanya berterus-terang saja. Saya pun tiada isu dia nak berkahwin.” 

Shakilla akui dia tahu bekas suaminya itu dah ada pengganti selepas mereka berpisah. 

Katanya dia mendoakan kebahagiaan mereka namun harap isteri barunya tak menyakiti perasaan anak mereka iaitu Ameena  

Shakilla berkata, anaknya itu selalu saja bercerita kepadanya tentang apa yang berlaku, malah Fizi pun akui hal berkenaan.  

“Saya harap semasa Ameena bersama Fizi dan keluarga baru, janganlah disakiti anak saya. Jangan buat dia rasa terasing sebab Ameena bila balik akan bercerita.” 

“Jika dia gembirakan anak, saya okay, tapi jika Ameena disakiti, dia kena berdepan dengan saya.” 

Fizi Ali telah berkahwin dengan wanita bernama Zulaikha, 30 tahun, pada hari Isnin, 23 Oktober di Pejabat Agama Gombak, Selangor.