Pelakon Wawa Semput dan Adnan Semput iaitu Yana Samsudin, telah mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Yana mengesahkan hal ini apabila ditanya oleh pihak media setelah melihat dirinya bagaikan sudah ada baby bump.
Kandungan pelakon berumur 39 tahun ini sudah pun masuk ke fasa trimester kedua iaitu dah 6 bulan.
Isteri kepada Fadzil Zahari ini berkata dia tak terlalu menghebahkan berita kehamilannya itu kerana sebelum ini sudah pun tiga kali kehilangan anak dalam kandungan.
Oleh itu, dia hanya menjawab jika ada yang bertanya saja.
“Saya ada PCOS iaitu polycystic ovariy syndrome. Jadi khuatir kalau umum nanti tak jadi.”
“Hanya kalau ada yang bertanya, saya jawab saja doakan yang terbaik untuk saya.”
“Ye benar saya ketika ini sedang hamil, dah masuk enam bulan usia kandungan.”
“Dengan izin Nya, hujung bulan January atau di bulan February, saya akan bersalin.”
Untuk anak pertama dan yang kedua, suaminya yang membuat pengumuman, tapi kali ini tidak.
Namun Yana Samsudin berkata, dia pun tak boleh nak sorok, kerana lama-lama akan nampak juga.
“Tak boleh nak sorok perut ni, kalau siapa yang nampak dan tanya, saya memang akan cakap saja saya tengah hamil.”
“Tiada niat pun tak nak beritahu, sesiapa nampak saya tidak menidakkan.”
Untuk kandungan ketiganya ini, Yana Samsudin memberitahu memang ada cabarannya terutama dia dah masuk beberapa kali ke hospital kerana alahan.
“Kali ni, saya ada alahan yang agak teruk. Siang malam saya nak lepak dan rasa susah nak bangun. Baring saja, sampai nak makan pun tak selera sangat. Ada banyak kali juga masuk keluar hospital.”
“Masuk air dalam badan banyak kali. Sampailah usia kandungan dah lima bulan, masa tu baru okay sikit.”
“Tapi masa dah lima bulan tu, saya kena pula jangkitan virus, dan seluruh ahli keluarga pun masuk hospital.”
Yana memberitahu, untuk kehamilan yang ketiga ini, pihak doktor mengataka bahawa dia tak disarankan untuk bersalin secara normal.
Oleh itu, Yana akan jalani pembedahan caeserean section.
“Saya tak digalakkan bersalin secara normal, sebab dua kali sebelum ini saya bersalin secara pembedahan.”
Yana Samsudin berkahwin dengan adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari pada tahun 2015 dan kini mempunyai dua cahaya mata.