Rupanya sesuatu berlaku antara Anita Sarawak dan Noor Kumalasari, ini puncanya

12,121 views

Noor Kumalasari, 66 tahun, meluahkan rasa rindu kepada kakaknya iaitu Anita Sarawak, 70 tahun.

Kedua dua selebriti terkenal merupakan adik beradik yang rapat walaupun berlainan ibu. Noor Kumalasari dan Anita Sarawak amat akrab sejak kecil lagi.

Kepada yang tak tahu, Noor Kumalasari merupakan anak kepada Datuk Roomai Noor dengan Datin Umi Kalthum manakala Anita Sarawak pula merupakan anak Roomai Noor dengan Siput Sarawak.

Kisah kehilangan Anita Sarawak yang menghilangkan diri masih belum dirungkai dan menjadi misteri serat tanda tanya. Kini dah lebih kurang 11 tahun Anita tidak muncul di khalayak.

Noor Kumalasari akui dia juga terasa hati dan terkilan kerana kakaknya itu hilang begitu saja dan menyepi. Ini komennya menerusi laporan BH Online.

“Jujur saya ni amat rindu dengan Kak Nita. Kami membesar bersama sejak saya umur empat tahun. Kak Nita ni dah ibarat rakan baik saya, cerita suka dan juga duka. Walaupun bukan satu ibu, semua itu tidak pernah menjarakkan hubungan kami.”

“Sebelum ini, saya memang jadi tempat Kak Nita mengadu. Kami selalu saja borak menerusi panggilan telefon. Walau Kak Nita duduk jauh, dia selalu call saya, tapi sekarang tidak lagi.”

“Tiada lagi call untuk ucap selamat hari lahir seperti yang dia selalu lakukan sebelum ini.”

Menjelaskan kehilangan kakaknya itu, kata Noor Kumalasari, ada satu isu yang terjadi sebelum kak Nita dilihat merajuk.

“Saya percaya ada satu isu menyebabkan Kak Nita mungkin berkecil hati dengan saya sampailah ke hari ini.”

“Kak Nita pernah minta saya tonton dan beri komen tentang lakonannya dalam sebuah drama. Kak Nita berlakon sebagai detektif.”

“Saya beri komen dan menyatakan kebenaran, namun saya lihat Kak Nita tak dapat menerima komen saya itu, dia enggan terima kritikan.”

“Sejak itu, hubungan kami jadi renggang. Saya terkejut Kak Nita mengambil keputusan tergesa-gesa pulang ke Amerika, masa tu saya pun tak tahu.”

“Kak Nita dan suami, Mahathir Abdullah minta dua adik-beradik lain iaitu Noor Salasawati dan Noor Jumaaton hantar Kak Nita ke airport. Dia terus saja balik tanpa jumpa saya dan family lain.”

“Saya ada cuba contact Kak Nita, tapi semua panggilan saya tak pernah dijawab.”

“Sebagai adik, saya tak nak Kak Nita terus jauh hati dengan saya. Memang ada cuba nak cari, namun, dia masih berkecil hati dengan saya.”

Noor Kumalasari memberitahu Anita Saarwak masih lagi ada berhubung menerusi kakaknya bernama Noraini.

“Kalau bertemu, saya nak memeluk dan mahu melihat Kak Nita sihat di depan mata. Saya nak minta maaf kalau ada buat kesilapan sampai melukakan hatinya.”

“Selalu saya berdoa semoga Kak Nita dibukakan pintu hati kembali ke pangkuan family.”

Itulah komen dari Noor Kumalasari tentang kisahnya dengan Anita Sarawak.