Shidee disahkan penyanyi yang ditahan reman

781 views

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Shidee, 65 tahun, disahkan merupakan individu yang kini telah ditahan oleh pihak polis semalam. 

Shidee ditahan setelah terdapat dakwaan bahawa penyanyi berkenaan telah memukul abang iparnya. 

Kejadian berlaku di flat di Bandar Tun Razak di ibu kota pada hari Ahad baru-baru ini. 

Penahan penyanyi ini telah disahkan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Fendy. 

Jelas Fendy, dia dapat tahu Shidee telah ditahan setelah menghubungi keluarganya. 

Namun buat masa sekarang, pihak pengurusan tidak mahu memberi komen lebih lanjut tentang apa yang terjadi.  

“Yes benar, Shidee merupakan individu yang ditahan pihak polis semalam.”  

“Namun begitu, saya tak boleh nak cerita sebarang maklumat berkenaan kejadian itu sebab ia masih dalam proses siasatan pihak berkuasa.” 

Tambahnya, dia mengharapkan orang luar tidak akan membuat sebarang andaian tentang penahanan penyanyi berkenaan.   

“Saya memohon agar orang luar tak membuat sebarang spekulasi atau andaian kerana ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.” 

“Biar saja pihak polis yang melengkapkan siasatan tentang kes ini.” 

INFO KES SHIDEE DITAHAN POLIS  

Sebelum ini, pihak media telah melaporkan bahawa polis telah menahan seorang penyanyi veteran yang didakwa memukul abang iparnya setelah terjadi perselisihan faham. 

Dikatakan kejadian berkenaan berlaku di rumah ibu mentua Shidee dan ini bukanlah kali pertama mereka berselisihan faham. 

Shidee dikatakan telah memukul abang iparnya yang berumur 41 tahun, dengan menggunakan sebatang besi dan telah menyebabkan kecederaan kepadanya sehingga perlu dirawat di hospital/. 

Susulan itu, abang ipar Shidee telah membuat laporan polis. 

Shidee akan ditahan reman sehingga 28 Mac untuk siasatan lebih lanjut. 

Untuk info, Shidee berkahwin dengan wanita bernama Siti Fairunnisa Aziz pada tahun 2010, yang mana isterinay itu masih berumur 22 tahun.  

14 tahun berkahwin, mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata. 

Dikatakan perkahwinan antara Shidee dan isteri ini ditentang dan tak direstui keluarga Siti Fairunnisa. 

Jarak usia antara Shidee dan juga Siti Fairunnisa ialah 30 tahun.