Semalam petang, secara tiba-tiba pelawak terkenal tanah air iaitu Jep Sepahtu telah memuatnaik satu status di laman IG miliknya tentang satu podcast.
Melalui status berkenaan, Jep dilihat kurang senang namanya telah dikaitkan dan juga disebut.
Jelasnya lagi, intipati cerita di dalam podcast berkenaan telah ditambah dari kisah sebenar yang terjadi.
Sungguhpun sebenarnya Jep kata dirinya malas nak mengulas, namun hal ini nampaknya semakin banyak diperkatakan.
Ini penulisan status dari Jep.
“Sebenarnya aku malas nak layan hal remeh macam ni, tapi makin biar, makin seronok pula mereka sembang.”
“Sudah tiada nama lain ke nak menunggang.”
“Apa yang aku boleh cakap, kisah dalam podcast tu kebanyakkan direka reka dan ada yang ditokok tambah.”
“Oleh itu harapnya tak adalah yang bertanya pada saya lagi.”
MERUJUK PODCAST SHUIB?
Podcast yang diperkatakan ini sebenarnya amat jelas merujuk kepada podcast yang dijayakan oleh Shuib Sepahtu.
Pada minggu lalu, Shuib telah menjemput anggota Sepah iaitu Mamat sebagai tetamu.
Mereka telah bercerita beberapa kisah termasuklah kisah perkelahian di antara Shuib dan juga Jep.
Kisah ini sebelum mereka bergelar selebriti yang menjadi terkenal.
Boleh baca dan juga tonton video podcast berkenaan DI SINI.
REAKSI SHUIB SELEPAS POSTING JEP?
Tak lama selepas Jep menulis rasa hatinya itu, Shuib telah dilihat memuatnaik satu paparan ringkas.
Namun tak dapat dipastikan sama ada reaksi itu ditujukan kepada reaksi Jep tersebut.
Ini posting dari Shuib.
Kemudian Shuib juga ada muatnaik sepotong video dari negara jiran dengan dialog tentang seorang yang sombong.
Ini dialognya. “Emang apa sih tak boley, sombong amat”
REAKSI MAMAT SELEPAS POSTING JEP
Beberapa jam selepas Jep muatnaik statusnya, rakan lamanya iaitu Mamat, turut muatnaik satu reaksi di IG story.
Kali ini Mamat seakan meluahkan rasa hatinya pula.
Mamat muatnaik paparan kartun seakan dirinya melihat tulis “Maharaja Lawak Mega” yang ditulis dalam bahasa jawi.
Lagu yang dipilih pula kemungkin merujuk kepada rasa hatinya.
Ini lirik lagu berkenaan.
“Kau bersuka ria dengan orang lain.”
“Di waktu sukar, kau mencari aku.”
“Di waktu senang, kau meninggalkan aku.”
Kisah Jep, Mamat dan Shuib ini menjadi bualan ramai.
Ada yang menyokong Jep dan ada juga yang berkata podcast itu tidak ada salahnya.
Apapun yang penting, masih lagi ramai yang amat merindui aksi kumpulan Sepah yang original iaitu mereka bertiga.
Sama-sama doakan agar hubungan Jep, Mamat dan juga Shuib akan sentiasa utuh, semua sayang Sepah.