Siapa pelakon dengan Zul Ariffin dalam adegan panas tu, namanya Siti Hariesa

20,943 views

Pelakon terkenal Zul Ariffin terlibat dalam satu lagi isu dialam maya. Kali ini ekoran pelakon ini sendiri yang muatnaik satu video di laman media sosial miliknya sendiri.

Video itu sebenarnya adalam sedutan drama terbaru lakonannya berjudul perempuan Itu.

Namun apa yang Zul Ariffin upload itu ada menunjukkan aksi dan babak yang tidak wajar dipertontonkan kepada khalayak umum, satu videoyang tak sesuai untuk golong di bawah umur.

Sememangnya habis Zul Ariffin kena sekolah dengan netizen. Jika di baca di ruangan komen, rata-rata tidak setuju babak sedemikian dimasukkan di sebuah drama di negara yang bertentangan dengan ajaran agama.

Ini langsung tidak menerapkan budaya timur dengan aksi yang agak panas dan di luar batasan seperti itu.

“Ingatkan Zul Ariffin dah berhijrah. Kenapa ada adegan macam ni, adoi.”

“Tak sesuai langsung babak macam ni kat Malaysia.”

“Susah sekarang ni banyak pengaruh. Mak pak pun sukar nak jaga anak-anak dah.”

Itu antara komen yang diluahkan oleh warganet di luar sana setelah menonton sedutan video lakonan Zul Ariffin itu.

Namun ramai tertanya juga, siapakah identity pelakon wanita berkenaan. Wajah itu masih belum lagi ramai yang familiar. Ramai yang tak berapa kenal.

Rupanya pelakon berkenaan bernama Siti Hariesa yang juga merupakan bekas peserta bengkel Drama Festival Kuala Lumpur atau DFKL pada tahun 2019.

Ini foto Siti Hariesa.

Kini nama Siti Hariesa mula mencanak naik dan mula dicari-cari oleh netizen diluar sana. Sungguhpun begitu, tidak banyak diketahui tentang pelakon bernama Siti Hariesa ini.

Siti Hariesa sebelum ini pernah membintangi beberapa drama lain seperti Utusan Cinta Buat Adam (pelakon utama Kamal Adli dan Puteri Aishah), drama Pink Smile (lakonan Fattah Amin) dan Takbir Semalam (diterajui Fauziah Nawi dan Syafie Naswib).

Pelakon ini masih lagi baru dalam bidang seni, namun drama lakonannya bersama Zul Ariffin dalam Perempuan Itu, ternyata membuatkan nama Siti Hariesa naik serta merta.