“Ketika itu saya terus menangis.. apa salah suami saya” ~ Vicha

4,091 views

Pelawak dari negara seberang Indonesia yang menempa nama di negara Malaysia iaitu Vicha amat sayu malah mengalirkan air mata setelah suami tersayang menjadi tempat tuduhan para netizen.

Ada segelintir yang menuduh Johnson, warga Nigeria, sebagai seorang kaki skem.

Pelawak berumur 34 ini mendedahkan hal ini menerusi satu laporan dari portal Harian Metro pada hari ini.

Jelas Vicha, ada netizen yang sengaja melibatkan nama suaminya setelah ada satu isu dan artikel yang mengatakan seorang lelaki warga asing berkulit hitam merupakan seorang kaki skem.

Tiba-tiba ada pula yang menuduh itu merupakan perbuatan suaminya.

“Semasa itu saya terus saja mengalirkan air mata, sampai menangis kerana suami saya telah kena tuduh. Ada yang kata suami saya ni seorang kaki skem. Saya terfikir apa salahnya suami ni.”

“Kalau nak tahu, ramai saja family dan keluarga suami ni sebenarnya bekerja sebagai anggota polis juga.”

“Lebih buat saya jadi amat terkilan ialah ada yang mesej kata saya ni seorang yang tidak sedar diri. Hal macam ginilah yang jadi sebab kenapa saya tak mahu dedahkan siapa identity suami saya sejak awal lagi.”

Untuk info, Vicha berkahwin dengan Johnson pada tahun 2018. Ini sebenarnya perkahwinannya yang kedua. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Michael Trevor Ayomide yang dah pun berumur dua tahun.

Selain itu, Vicha juga nafi memperlekehkan lelaki Melayu yang mana kenyataannya sebelum ini disalah tafsirkan.

Sebenarnya dia bukannya ada mengata jejaka Melayu namun dia hanya cakap dirinya tak ada jodoh dengan mana-mana lelaki Melayu saja.

“Saya tak pernah mengata tentang lelaki Melayu, saya sayangkan Malaysia. Cuma saya lima kali bercinta dengan jejaka Melayu tapi akhirnya menghilangkan diri saja.”

Semoga Vicha dan kelaurag akan terus bahagia. Kalau nak tengok kehidupan Vicha boleh layan laman Youtube miliknya.