Siti Saleha tuntut penceraian, hadir ke mahkamah

9,669 views

Siapa yang sangka, perkahwinan yang bahagia dan dijangka tiada masalah rupanya kini sedang bergoyang.

Itu yang boleh diungkap tentang kisah yang sedang melanda pelakon cantik Siti Saleha, 31 tahun dan suaminya Lutfi Azhar, 35 tahun.

Hari ini, menerusi laporan Mstar, memang sah perkahwinan mereka sedang dilanda badai dan sedang diuji.

Ini apabila, Siti Saleha telah menuntut penceraian dari suaminya itu.

Pada hari ini, hari Rabu, Siti Saleha telah dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor dan ianya adalah untuk sebutan kes penceraiannya dengan Lutfi.

Prosiding dibuat di depan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim ilebih kruang jam 10 pagi. Suaminya, Ahmad Lutfi Azhar turut hadir.

Mereka berdua memang jarang muatnaik sebarang luahan di laman media sosial. Oleh itu ramai yang terkejut dengan berita berkenaan, ianya berlaku secara tiba-tiba.

Melalui satu laporan dari Harian Metro, akhirnya Siti Saleha sendiri mengakui tentang hal ini. Jelasnya memang benar dia telah ke mahkamah untuk menuntut perpisahan dengan suaminya, Lutfi.

“Yes benar, say dah failkan penceraian di atas kebenaran pihak mahkamah. Namun saya tak mahu bercakap lebih lanjut tentang hal ini.” Itu komen ringkas dari Siti Saleha tentang status terkininya dengan Lutfi.

Dari suapan di laman media sosial Instagram, kali terakhir Siti Saleha muatnaik gambar bersama suami ialah pada bulan Mac yang lepas.

Ketika itu merupakan sambutan hari lahir buat suaminya untuk yang ke 35. Ada dua keping gambar dimuatnaik oleh Siti Saleha.

Melalui caption, Siti Saleha dilihat seakan sedang bahagia bersama suaminya itu, malah ada menyebut dia terlalu amat menyayangi dan cinta suaminya.

Ini hari lahir kamu my bubbaboo. I pray to Allah agar memberkati dirinya dan akan dapat apa yang dihajati. I love you too much.” Itulah yang ditulis oleh Siti Saleha buat suaminya.

Pasangan ini bernikah rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan selepas empat tahun, mereka berdua masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Siti Saleha merupakan adik kepada penyanyi terkenal iaitu Sam dari kumpulan Bunkface.