Sekarang ni ada satu trend video yang mana mengatakan jika seseorang itu ada kekasih hati tapi tak boleh buat sesuatu, iainya dikira lemah.
Contohnya, content creator itu akan bertanya sama ada kalian ada kekasih tak, namun jika kekasih berkenaan tiada kereta Honda atau tak reti buat kerja rumah, maka kekasih itu akan dilabel sebagai seorang yang lemah.
Video ini hanya sebagai hiburan semata-semata dan mamang ada banyak versi. Antara yang turut membuat parody video ini ialah bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liana Salleh.
Dek kerana Intan ada buat video tersebut juga, ramai yang memberi komen kurang baik dan mengatakan Intan masih tak boleh nak move on dengan kisah melibatkan bekas suaminya itu.
Dari video berkenaan, Intan Liana Salleh menggunakan ayat ini: “Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah.”
Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang terhibur dan suka, namun ada yang kurang suka kerana seperti masih tak move on dengan kisah lama.
Malah ada juga yang mengingatkan bahawa Izreen Azminda sudah mohon maaf kepada Intan menerusi satu program Melodi Raya tak lama dulu.
Namun Intan ada memberi penjelasan bahawa video berkenan adalah content untuk hiburan semata-mata.
“Takyah nak serius sangat, ni content saja untuk suka-suka, kalau tak suka scroll laju-laju okey. Kat Melodi dah minta maaf, siapa yang minta maaf.”
Dalam pada itu, menerusi satu lagi video lain, Intan Liana turut ada berkata bahawa perempuan yang jatuhkan perempaun sendiri.
“Tak tahu nak cakap, perempuan sendiri yang jatuhkan dan melemahkan kaum perempuan itu sendiri.” Itu kata-kata dari Intan sambil menggelengkan kepalanya.
Ini video penuh dari Intan Liana Salleh.
Dari ruang komen, ramai juga yang setuju dengan kenyataan dari Intan Liana Salleh itu, dan mengatakan hanya yang pernah kena seperti Intan saja yang tahu perasaannya.