Respon Siti Nurhaliza tentang bakat menyanyi Siti Aafiyah yang luar biasa

1,393 views

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43 tahun, tak akan halang anak perempuannya iaitu Siti Aafiyah, 4 tahun, jika dia benar-benar minat untuk menyanyi. 

Akan tetapi, secara peribadi, Siti Nurhaliza lebih mahukan anaknya itu bergelar sebagai ahli perniagaan berbanding menceburi bidang nyanyian. 

Namun begitu, sebagai parents, Siti Nurhaliza tetap mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. 

Secara jujur, Siti Nurhaliza sebenarnya agak risau jika Aafiyah masuk ke dunia seni tetapi tak mampu nak berdepan dengan rintangan sebagai anak seni. 

Ini semua dari pengalaman Siti Nurhaliza sendiri. 

“26 tahun, saya dah pun lalui segala-galanya sepanjang bergelar penyanyi. Akan tetapi, saya bersyukur dijaga oleh family, dan itu membuatkan saya diuruskan dengan begitu baik.” 

“Jauh di hati ini, sebagai seorang ibu, dah tentu ada rasa risau, Aafiyah ni mampu ke tak. Adakah anak saya saya akan hanyut ataupun hal seperti itu. Rasa risau ini sama macam apa yang dilalui ibu bapa saya.” 

“Jika suami mahu Aafiyah jadi ahli perniagaan dan meneruskan legasi perniagaan, itu membuatkan saya lebih happy dan gembira.”  

“Bukan senang nak jadi sebagai seorang anak seni, tidak seindah disangka, tetapi taklah seburuk yang diduga.” 

Aafiyah dilihat ada potensi untuk bergelar sebagai penyanyi kerana seringkali mempamerkan vokal suara yang baik ketika menyanyi, macam ibunya juga. 

“Bakat ini satu anugerah dari Illahi. Saya pun dapat bakat darip ibu saya. Apapun nanti, sebagai ibu, saya tetap akan kena menyokong dari segi minat dan bakat Aafiyah. Cuma, Aafiyah ada pilihan apabila dah meningkat dewasa kelak.” 

“Jika bakat Aafiyah dikatakan luar biasa, saya percaya paling penting ketahanan mental dan juga diri serta fizikal.” 

Itulah komen Datuk Seri Siti Nurhaliza tentang bakat yang dimiliki oleh anaknya Siti Aafiyah.