Salah seorang staff di kedai Naeem Carpet telah beri sedikit kenyataan tentang kedatangan Neelofa di Pusat Perniagaan Nilai 3 untuk membeli karpet.
Jelas lelaki bernama Husein itu, dia sebenarnya tak kenal Neelofa dan juga Pu Riz ketika mereka datang ke kedai berkenaan.
Malah dia hanya tahu selepas gambar Neelofa sedang membeli karpet menjadi viral.
“Saya tak tahu pun siapa Neelofa. Dah jadi kebiasan untuk saya ambil gambar customer dan upload di laman media sosial, memang tidak disangka-sangka rupanya dia artis popular. Saya hanya layan mereka seperti customer biasa dan ambil gambar ketika mereka belanja di kedai ini.”
“Neelofa dengan suami dah beli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10000.”
“Harga untuk satu karpet Iran ini ialah RM3000 dan Neelofa ada beli dalam dua atau tiga gulung, selainnya karpet lain.”
Kerana kes Neelofa dan Pu Riz datang ke kedainya di Nilai mencetuskan isu kerana merentas negeri, pekerja ini akui nama kedai Naeem Carpet mula menjadi popular di Malaysia.
Namun sebenarnya ia juga satu masalah kerana pihak polis ada datang untuk buat siasatan kes berkenaan.
“Tindakan Neelofa ada timbulkan masalah sebab polis ada datang ke kedai pagi semalam untuk ambil statement.”
“Pihak polis tanya barang apa yang dia beli serta mahu tahu jumlah harganya malah bertanya lebih lanjut tentang premis perniagaan kami. Mereka juga mahu dapatkan pengesahan bahawa Neelofa dan suami memang ada datang ke premis kami untuk lengkapkan siasatan.”
Namun ternyata ianya satu hikmah kepada Naeem Carpet kerana kata staff berkenaan, setelah kedainya viral, semakin ramai yang datang ke kedai berkenaan.
Dari laporan, Neelofa dan suaminya Pu Riz telah beri statement selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai selepas menerima aduan dari orang ramai dan netizen.