“Suami berpeluh peluh, nervous sangat” Kata Intan Najuwa

6,050 views

Ketika di majlis resepsi, pelakon Intan Najuwa dan suaminya Datuk Ahmad Asraf Azman dilihat secocok bersama. 

Ada beberapa moment di majlis itu, suami Intan ini dilihat berpeluh peluh sehingga terpaksa mengelapnya menggunakan tisu. 

Kata Intan Najuwa, dia sendiri tak pernah melihat suaminya sebegitu dan mengaku Datuk Ahmad Asraf terlalu gugup. 

SUAMI BERPELUH, TERLALU GUGUP 

Dia nervous sangat ni.” Kata Intan Najuwa sambil membantu suaminya mengelap peluh di dahi. 

Antara yang paling ketara ialah ketika sesi memotong kek, dan juga ketika suaminya itu memberi ucapan di depan orang ramai. 

Malah ketika berucap, Asraf dilihat terlalu gugup dan kemudian memberikan mikrofon kepada isterinya untuk menyambung ucapan. 

Pertamanya saya nak ucap terima kasih semua yang datang, dan meraikan majlis kami. Saya nak ucapkan terima kasih kepada keluarga saya dan juga keluarga sebelah Intan. Kejap saya bagi pada Intan lah.” Katanya dalam ucapan tak sampai 30 saat. 

Asraf memberikan mikrofon kepada isterinya dan Intan Najuwa kemudian terus saja menyambung ucapan suaminya. 

Maaf ye semua, nervous sangat, berpeluh peluh.” Kata Intan sebelum menyambung ucapan dengan memberi ucapan terima kasih kepada para tetamu. 

Ketika memotong kek pula, Intan bertanay sesiapa yang ada tisu kerana suaminya sudah basah lencun akibat berpeluh. 

Ada tisu tak?” Tanya Intan, kemudian datanglah individu yang memberi tisu kepada suaminya. 

Intan kemudian membantu mengelap peluh suaminya dan pengacara majlis meminta tetamu untuk bertepuk tangan. 

Pasangan ini kemudian menyambung memotong kek kahwin mereka. 

SESI PERKENALAN MEREKA 

Intan Najuwa berkata, dia dan suami berkenalan menerusi kenalan mereka dan pertama kali bertemu di kedai kopi. 

Kenal dari kawan kami, kawan saya, kawan kepada Intan juga.” Kata Asraf. 

Intan kemudian menambah, “Ye betul, best friend kepada Asraf merupakan kawan saya, kiranya mutual friend. Kami mula kenal di kedai kopi. Memang tak sangka sampai sekarang sangkut.” 

Kata Intan lagi, suaminya memang tidak keluar di mana-mana dan seorang yang humble. 

Dia memang jenis yang tak nampak, sebelum ni pun tak nampak kat mana-mana, sampailah kawan saya kenalkan dia.” 

RANCANGAN SELEPAS KAHWIN 

Intan Najuwa memberitahu, kerjaya akan berjalan seperti biasa kerana suami tak pernah melatkkan sebarang syarat kepadanya. 

Perjalanan kerjaya seni saya jalan macam biasa. Tiada perbezaan sebelum atau selepas kahwin. Asraf tak ada halangan, dia amat memahami.” 

Tentang anak pula, Intan dan suami tiada perancangan hanya berserah kepada rezeki saja. 

Kami tak ada perancangan namun kami sentiasa dah bersedia jika ada rezeki. Kami okey saja, dah ready.” 

Kata Intan Najuwa lagi, dia yakin kini dah bertemu dengan insan yang boleh menjaga dirinya iaitu suaminya Datuk Ahmad Asraf Azman, semoga perkahwinan ini akan berkekalan sampai ke anak cucu cicit, bahagia selamanya.