Suami Mona Allen, Pekin Ibrahim face to face dengan Iqram Dinzly

21,152 views

Kisah perselisihan yang melanda antara dua pelakon iaitu Mona Allen dan Iqram Dinzly sudah pun diketahui ramai.

Setelah Mona Allen meluahkan rasa kurang senang dengan gaya lakonan Iqram Dinzly di set penggambaran, semua dah tahu kisah yang melanda mereka berdua.

Kini suami kepada Mona Allen iaitu Pekin Ibrahim telah mengambil tindakan yang wajar.

Menerusi satu gambar di story milik Pekin Ibrahim, pelakon dan pengarah ini ada muatnaik foto telah pun pergi berjumpa dengan Iqram Dinzly.

Perjumpaan ini dikatakan berkait dengan isu yang melanda antara isteri Pekin iaitu Mona Allen dan juga Iqram Dinzly.

Di gambar Pekin telagh menulis perjumpaan itu untuk berbicara saja. “Mens talk.” Itu caption di gambar yang dimuatnaik oleh Pekin.

Sementara itu, Iqram Dinzly telah membalas kembali dan menulis bahawa lealki yang fikir dengan baik adalah seorang pemenang.

Men who always think wisely, are not born to be looser. Terima kasih di atas masa anda bro.” Itu yang ditulis oleh Iqram Dinzly.

Sehingga kini tidak diketahui isi kandungan serta apa yang dibincangkan oleh Pekin dan juga Iqram Dinzly.

Sementara itu, menerusi satu sesi live, Mona Allen ada mengatakan suaminya, Pekin faham apa yang berlaku.

Pekin faham apa yang Iqram dah buat tu. Satu side dia faham tentang Iqram, dan satu side lagi dia faham juga yang wife dia alami tu memangsakit.” Itu komen dari Mona Allen tentang apa reaksi Pekin berkenaan isu ini.

Mona Allen sekali lagi menegaskan bahawa apa yang berlaku ini adalah benar-benar serta bukannya satu marketing. Apatah lagi drama ini pun dah nak habis ditayangkan. Apa yang diluahkannay itu meamng benar terjadi.