“Tolong jangan pandang rendah pada saya” Shila Amzah

7,003 views

Penyanyi Shila Amzah kini dalam proses untuk berpisah dengan suaminya Haris Edraki Elias. Ini sekaligus menjawab persoalan mengapa Shila Amzah kini menumpang di rumah ibu bapanya.

Namun mereka pula diduga apabila banjir melanda rumah ibu bapa, dan kini terpaksa menumpang di rumah makcik Shila Amzah.

Shila Amzah mendedahkan, suaminya itu masih lagi tinggal di rumahnya di Cyberjaya.

Ini menyebabkan ketidakselesaan jika Shila Amzah serta anak dan sekeluarga pergi ke rumah berkenaan.

Bercerita tentang kisah rumah tangganya, Shila Amzah berkata dia membuat keputusan berkenaan tidak dipengaruhi sesiapapun. Semuanya atas keputusan dirinya sendiri.

“Saya letakkan anak saya untuk segalanya, my baby first. Untuk menjadi seorang ibu yang baik, kali ini saya memilih diri sendiri. Sha yang buat keputusan sendiri untuk kendalikan isu ini. Semua dengan cara Sha sendiri.”

“Tolong jangan nak memandang rendah pada diri saya, ada yang kata, Sha tak mampu nak buat keputusan sendiri dan selalu dipengaruhi orang lain.”

“Mungkin itu semua dulu, sekarang saya buat keputusan sendiri, I took charge of my own life.”

Berkata kenapa dia memilih untuk berpisah dengan suami, Shila Amzah mendedahkan ini sebenarnya jalan terakhir, dan dia telahpun mencuba bertahun lamanya.

“Saya memang jarang fikir hati diri sendiri. Ramai bertanya mengapa Sha ambil jalan ini, untuk berpisah. Percayalah, ini merupakan jalan terakhir, dah bertahun Sha cuba. Semua orang nak bahagia.”

“Memang ramai yang cakap kena bertahan dalam perkahwinan untuk anak, tapi itu perkara yang bukannya mudah dilakukan. Nak jaga anak tetapi diri sendiri tertekan itgu bukan satu persekitaran yang baik.”

Shila Amzah mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya. Memang dapat dilihat di ruangan komen, ramai yang memberi nasihat serta kata-kata semangat buat Shila Amzah agar terus kuat hadapi dugaan.

Antaranya ialah komen dari rakan artis, pelakon Vanidah Imran, yang ada menulis bahawa kehidupan sendiri, sendiri yang memilih.

“Tak perlu justify to anyone sis. Your life, you decide what is the best for you. Jaga diri dan teruskan jadi kuat.”

Untuk info, Shila Amzah dan Haris Edraki mempunyai seorang anak yang diberi nama Seth Uwais.