Tahniah isteri Shukri Yahya hamil, bakal dapat baby boy

2,799 views

Ini satu berita gembira umtuk dikongsikan buat semua. Pelakon drama popular tanah air, Shukri Yahaya mengumumkan satu berita baik bahawa dia dan isterinya Tya Adnan akan terima cahaya mata lelaki tak lama lagi.

Berita gembira itu diumumkan melalui laman media sosial milik Tya Adnan dan video berkenaan dah pun menerima tontonan lebih kurang 100,000 views.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Syukri Yahya telah menerima satu surprise dari Tya Adnan.

Syukri Yahya tak tahu apa yang berlaku dan diminta oleh Tya Adnan untuk buka satu kotak bungkusan yang ada di rumahnya. Rupanya kotak itu merupakan satu kejutan untuk mendedahkan jantina anak di dalam kandungan.

Pada awalnya, apabila dibuka kotak berwarna hitam itu, Shukri mendapati belon warna pink yang keluar, kemudian dia mendapati nama di scan bukan nama isterinya, dan kotak itu salah. Selepas check kotak yang satu lagi, barulah nama di scan betul dan ianya merupakan belon warna biru yang menjadi indicator bahawa ianya bayi lelaki.

Terlalu gembira, Syukri Yahya amat bersyukur akan menerima kehadiran anak lelaki selepas anak pertama mereka adalah baby girl.

Tentang perkembangan Tya Adnan, kini pelakon wanita itu sudah berada di trimester ketiga. Katanya dia disahkan hamil ketika sambut wedding anniversary mereka pada bulan November yang lepas.

Video berkenaan menerima banyak ucapan tahniah dari para follower mereka berdua dan ramai yang mendoakan agar semua urusan pasangan ini akan dipermudahkan untuk menerima kehadiran ahli keluarga yang baru kelak. Tahniah buat pasangan ini.

Diimbas kembali, Shukri Yahya dan Tya Adnan atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah bernikah pada tarikh 20 November tahun 2015. Sepanjang perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan  bernama Aaira Ameena kini dah berumur empat tahun.

Share this on...