Ali Puteh kena sekat, rindu anak arwah Abam

11,583 views

Tak lama dulu, memang ada satu isu melibatkan pelawak Ali dari kumpulan Puteh dengan kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, iaitu isteri kepada arwah Abam Bocey. Memang agak kecoh hal berkenaan yang mana ramai netizen tak puas hati dengan Ali.

Sejak hal berkenaan meletus, yang turut menjadi bualan ramai di laman media sosial, Ali Puteh akui bahawa hubungan antara dirinya dengan Hidayah telah terputus sama sekali.

Jelas pelawak ini, dia memang ada niat nak jumpa, namun, ianya tak dapat direalisasikan kerana semua peluang berkomunikasi telah tersekat dan ini termasuk melalui media sosial. Tak mahu salahkan sesiapa, Ali Puteh hanya akur dengan keadaan yang terjadi.

Dalam satu kenyataan, sebenarnya Ali amat rindukan anak buanya iaitu anak tunggal arwah Abam yang bernama Uthman yang baru berumur 10 bulan. Ini komen Ali.

“Ekoran dari hal yang terjadi, hubungan kami berdua telah putus. Kemdian, kami telah disekat pula di media sosial oleh semua ahli keluarganya. Tapi saya faham, lepas apa yang terjadi, keadaan jadi lebih sukar.

“Namun saya agak terkilan sebab tak dapat nak tengok anak saudara saya. Nak tengok kat laman media sosial mereka pun dah tak boleh kerana dah kena sekat.

“Ada bekas driver arwah Abam, upload gambar dan video Uthman kat laman media sosialnya, dapat juga kami menumpang lihat nak lepaskan rindu”

Sebagai bapa saudara, Ali memberitahu dia harapkan Uthman akan membesar dengan baik dan juga sempurna.

“Insyaallah lepas saja perintah kawalan habis, saya ada pasang niat nak jumpa isteri arwah Abam dan keluarganya untuk jernihkan keadaan. Saya nak jenguk anak buah saya yang amat dirindui.”

“Sementara tu, biarlah saya lihat Uthman melalui media sosial saja. Tengok dia sihat dan membesar dengan baik pun dah buat kami sekeluarga gembira.”

Ali Puteh atau nama penuhnya, Syed Ali Mubarak memang ada memberitahu akan jumpa dengan Hidayah untuk memohon maaf di atas kejadian yang berlaku sebelum ini.